MENGUMPAN CINTA
Peperiksaan percubaan STPM
tinggal dua minggu lagi. Perpustakaan mula menjadi tempat tumpuan utama
pelajar-pelajar tingkatan 6 atas. Tetapi 3A lebih selesa berada di port biasa
mereka – pokok rendang belakang sekolah.
“Aku rasa kita perlukan
perempuan dalam study group kita ni,” cadang Hafiz tanpa diminta.
“Leceh ar ada pompuan…kecoh
jer lebih,” balas Akim tidak bersetuju.
“Pompuan kecoh ke atau kau
yang tak boleh tahan? Kau kan pantang jumpa perempuan,” Aril mengutuk temannya
tanpa rasa bersalah.
“Aku memang ar pantang
jumpa perempuan, tapi tengok lah jugak perempuan tu camner…kalau dah tua macam
Riana tu, aku tak layan,” balas Akim selamba sambil tersengeh-sengeh memandang
Hafiz.
“Tua lah banyak pengalaman
dowh,” bidas Hafiz berlagak serius. Hampir tersedak Aril dan Akim mendengar
jawapan Hafiz. Terus pecah berderai ketawa tiga sahabat baik itu.
Bila deraian ketawa mereka
reda, Hafiz meneruskan cadangannya, “kalau ada perempuan, kita tak payah
susah-susah nak buat nota kecik-kecik tu. Diaorangkan rajin. Kita tinggal
fotostat jer.”
Akim menganggukkan
kepalanya, “masuk akal jugak cadangan kau ni. Kau cadang kita ambik siapa?”
“Erin..” pantas Hafiz
menjawab dengan matanya sekilas memandang Aril.
“Kalau Erin aku setuju,
senang dibuli..hehehehe…kau ok tak Aril?”
“Dah 2 lawan 1, aku kena
ikut jer lah,” jawab Aril seolah-olah tiada perasaan walaupun hatinya melonjak
gembira. Dia memandang Hafiz dan riak matanya mengucapkan terima kasih. Hafiz
tersenyum, gembira dapat membantu sahabatnya.
<<<<<<<>>>>>>>>
Muka Erin berseri-seri.
Tawaran Aril untuk menyertai study group 3A diterima tanpa perlu berfikir dua kali.
Yeay, bolehlah aku menghabiskan masa lebih lama dengan Hafiz, bisik hati Erin.
“Boleh ajak Zizi join
sekali tak?”
“Mmmm…Aril rasa ok kot.
Lagipun, kesian pulak Erin nanti sorang-sorang kena buli,” jawab Aril.
Erin menjelirkan lidah,
sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, “Ha ah, no buli-buli. Nanti Erin doakan
you all tak lulus. Doa orang teraniaya Tuhan kabulkan tau.”
Aril ketawa. Cantiknya
minah ni, desis hatinya.
“So, kita mula petang ni k.
Lepas solat zohor, bawah pokok kitaorang.”
Hu uh, pokok kitaorang?
Macam lah diaorang yang tanam pokok tu, komen Erin di dalam hati sambil
bibirnya menguntum senyum bahagia.
<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>
Suasana petang itu sangat
redup. Dari tingkap bilik guru di tingkat atas bangunan, Riana asyik
memerhatikan lima pelajarnya tekun berdiskusi di bawah pokok. Sesekali deraian ketawa
menambahkan rancak perbincangan mereka. Perhatian Riana tertumpu pada wajah
comel yang manis milik Hafiz. “Hai…tengok dari jauhpun masih nampak comel!” ungkapnya
perlahan. Riana tergelak sendiri. Kadang-kadang
dia berasa pelik, bagaimana keletah anak muda 19 tahun itu boleh menyebabkan
perasaannya tidak keruan.
“Oh, Riana…don’t dream!”
Riana kembali ke mejanya,
cuba menyelesaikan buku laporannya. Baru dia ingin mencapai pen di hujung meja,
tangannya tiba-tiba menggigil. “Ya Alah..!! Janganlah sakit lagi”
Berkali-kali Riana mengepal
dan membuka tangannya. Selepas lebih 10 minit, gigilan tangannya mula
berkurang. Riana menyeluk tas tangannya dan mencari botol ubat yang sentiasa
dibawanya ke mana-mana. Tiga biji pil biru dikeluarkan. Riana mencapai botol
air yang sedia terisi di atas meja dan tiga biji pil itu ditelan sekali gus.
Riana membuka icon
appointment di telefon bimbitnya, “Ohhh…patutlah, aku dah miss check-up”.
<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>
“Ok. Kita sambung lagi bab ni esok. Lagipun
Cikgu Riana dah janji nak bagi soalan spot untuk bab kenegaraan ni. So, esok
boleh kita bincang sekali,” kata Aril menutup diskusi mereka pada hari itu.
Hafiz dan Akim menarik
nafas lega. Kalau ikutkan Aril, macam nak diskusi sampai malam.
“Mentang-mentang lah ada Erin, nak tunjuk terror lah tu,” Hafiz mengutuk
rakannya di dalam hati.
“Ok geng, aku gerak dulu,
mak aku dah tunggu kat kereta. Bye Erin, sorry tak leh temankan kau balik hari
ni,” Zizi meminta diri.
“It’s ok, bye Zizi”.
“Errr..Hafiz boleh temankan
Erin balik tak. Dah petang sangat ni, risau lah nak lalu depan warung Wak
Askrul tu, ramai sangat mat-mat rempit lepak kat situ,” Erin mencuba nasib.
Kebetulan arah ke rumah
Erin dan Hafiz sama.
“Alamak! tak boleh ar Erin,
aku nak pegi…” ligat otaknya mencari helah,”ambik Aisyah kat pekan.”
“Aisyah buat apa kat
pekan?” sampuk Akim tiba-tiba, jarang Aisyah tak memberitahunya kalau hendak ke
pekan.
“Adalah, hal perempuan,
yang kau sibuk kenapa?”
Akim mencebik, “hek
eleh..tanya jer, bukannya luak pun”.
“Ohh..kalau macam tu tak apalah,”
balas Erin sedikit kecewa. Tiba-tiba hatinya menjadi ragu, benarkah Hafiz
pemuja misterinya?
“Tapi Aril boleh
temankan…dia memang nak gi rumah aku, ambik lukisan dari Daddy” sambung Hafiz
pantas.
“Aa…Ha ah…ya, Aril boleh
temankan Erin,” tergagap Aril menjawab. Hafiz ni, nak buat plan, bukannya nak
cakap, duhhh!!
Erin tidak mampu menolak.
No comments:
Post a Comment