CINTA RAHSIA
Aisyah sibuk di dapur rumah
yang sudah lama tidak berasap.
“Pandai ke adik Abang masak
ni..?? Macam tak boleh caya jer. Patutnya Abang sediakan fire extinguisher
siap-siapkan? Kut-kut berlaku kebakaran hebat kat dapur ni,” galak Hafiz
mengusik adiknya.
Aisyah hanya mencebik,
“Sabarlah…dah masak nanti, menangis Abang sebab sedap giler Aisyah masak.”
“Menangis sebab sedap ke
atau menangis sebab keracunan…” ketawa Hafiz nakal.
“Ok…Abang jangan makan apa
yang Aisyah masak ni…” ugut Aisyah geram.
“Alalalalala………….” pujuk
Hafiz. Suka hatinya melihat muka Aisyah merajuk comel.
Aisyah mencebik lagi,
“dah….pergi duk depan sana, kacau jer!”
Hafiz berlalu ke ruang tamu
dengan ketawanya yang tidak berkurangan.
Diletakkan sedikit kuah
spaghetti bolognise di hujung lidahnya, Aisyah tersenyum, “mmmm…perfecto!”
“Abang!! Panggil Daddy,
lunch is ready!” jerit Aisyah dari ruang dapur.
<<<<<<>>>>>>>>
Lahap Hafiz dan Daddy
makan. Sudah lama mereka berdua tidak merasa masakan rumah.
“Wahhh…tak sangka anak
perempuan Daddy ni pandai masak”
Aisyah tersenyum bangga,
“Mummy ajar.”
Muka Hafiz dan Daddy
sedikit berubah bila nama Mummy disebut tapi Aisyah tak mempedulikannya.
Walaupun Hafiz selalu merungut mengenai Mummy, Aisyah tahu Mummy tidak seteruk
seperti apa yang difikirkan oleh Abang atau Daddynya.
Selesai makan, Hafiz
membantu Aisyah mengemas meja dan membasuh pinggan-mangkuk di dapur.
“Abang, Akim tu macam
mana?” tanya Aisyah tiba-tiba.
“Macam mana apa? Macam tu
lah, kenapa?” jawab Hafiz acuh tak acuh.
Otak Aisyah ligat mencari
ayat seterusnya, “Takde lah, Aisyah tanya jer, dia kan kawan baik abang.”
“Memang lah di kawan baik
Abang tapi tak semestinya dia boleh tackle adik Abang.Over my dead body ok!”
“Bila masa pulak, Akim nak
tackle Aisyah…Abang ni mengarut jer!”
“Hmmm………..whatever!” ujar
Hafiz tidak berminat.
<<<<>>>>>
Aisyah menutup laptopnya
sambil mengeluh perlahan. Dia baru sahaja selesai berchatting dengan Akim di
YM. Bagaimana dia hendak memberitahu Hafiz tentang hubungannya dengan Akim yang baru berputik? Hafiz sangat
“protective” tentang Aisyah dan bukan mudah untuk dia mempercayai Akim yang
terkenal dengan gelaran “Kasanova” itu. Aisyah memejamkan matanya, mencuba
untuk melupakan seketika berat fikirannya.
Sebelum bertemu di
Temenggung Aziz, Akim dan Aisyah sebenarnya telah lama bertemu di MySpace Music.
Akim yang aktif mencipta lagu telah menjadikan laman MySpace untuk dia mendengarkan
bakatnya kepada umum. Aisyah adalah pengunjung setia MySpace Music Akim yang
menggunakan nama pena, “Budak Kentang”.
Mereka selalu berhubung dan
bertukar cerita tapi baru kini bertemu muka. Puncanya, bila Aisyah bercerita
mengenai lagu baru “Budak Kentang” – Inilah Cinta yang baru dimuat turun dari
laman sembang itu. Akhirnya identiti masing-masing terbongkar.
Sejak itu hubungan mereka
menjadi lebih rancak, walaupun mereka hanya berhubung melalui MySpace ataupun
YM. Aisyah dan Akim mempunyai minat yang sama – Muzik, jadi mereka tidak pernah
hilang modal untuk berborak. Aisyah senang dengan Akim yang kelakar dan suka
berterus-terang. Apapun yang dirasainya akan segera diluahkan.
“Aisyah tahu Akim ni
digelar kasanova?” tanya Akim semasa mereka bertemu di perpustakaan sekolah –
tempat pertemuaan rahsia mereka a.k.a satu-satunya tempat yang tak menimbulkan
syak oleh Hafiz.
“Tahu…” jawab Aisyah
selamba.
“Aisyah tak kesah?”
“Aisyah kena kesah ke?”
tanya Aisyah kembali sambil membulatkan matanya.
“Mestilah. Aisyah kan
girlfriend Akim.”
“Eh, sejak bila pulak
Aisyah jadi girlfriend Akim?”
“Sejak tadi….” jawab Akim
sambil mengeyitkan matanya.
Aisyah ketawa sambil
menutup mulutnya, bimbang mengganggu pelajar-pelajar lain.
“Aisyah suka Akim?” Akim
terus menduga.
“Tak…..”
“Oh..tak..yer. Oklah Akim
balik sekarang!” kata Akim sedikit mengugut dan bangun dari tempat duduknya.
“Hei…” segera Aisyah menahan,
tangan Akim dipegang.
Akim duduk semula, “jadi
Aisyah suka?” Tangan Aisyah tidak dilepaskan.
Muka Aisyah merah. Dia
menundukkan mukanya sambil tersenyum dan mengangguk perlahan. Akim mengangkat
dagu Aisyah dengan hujung jarinya, dia ingin melihat wajah manis itu tersenyum
untuknya. Akim membalas senyuman Aisyah. Matanya bersinar bahagia.
Sejak hari itu, hubungan
cinta mereka menjadi rasmi.
Akim tidak menyembunyikan
watak sebenarnya. Akim berterus-terang tentang cinta pertamanya, tentang
gadis-gadis yang pernah dioratnya.
“Akim mungkin nakal, mungkin
kasanova, tapi Akim tak pernah suka-suka mengucapkan cinta. Aisyah bukan cinta
pertama Akim tapi Akim berdoa pada Tuhan, biarlah Aisyah cinta terakhir Akim.”
No comments:
Post a Comment