BICARA DARI HATI
“Riana, boleh you tolong
handle Hafiz tak?” tiba-tiba Cikgu Aris muncul dari balik pintu bilik guru
wanita.
“Hah?”
“Hafiz dengan Akim
bertumbuk. Dua-dua pun tak nak bercakap sekarang ni. You tolong handle Hafiz, I
handle Akim. I dah suruh Hafiz masuk bilik kaunseling,” pantas Cikgu Aris
memberi penjelasan kepada Riana yang agak terpinga-pinga.
“Ok!” Hati Riana resah,
segera ditinggalkan kerja yang sedang dibuatnya dan melangkah laju ke bilik
kaunseling.
<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>
Riana mendongakkan dagu
Hafiz sedikit ke atas dengan hujung jarinya sambil memeriksa luka dan lebam
kesan tumbukan Aril dan Akim di mukanya. Jejari itu terasa sejuk di kulit
Hafiz. Menggunakan ketulan ais yang dibungkus di dalam tuala, dengan berhati-hati,
guru muda itu menuam kawasan yang lebam di pipi kanan Hafiz.
“Shhhehh…..” Hafiz mendesah
sakit.
“Oppss…tahan sikit yer,”
kata Riana simpati.
Hafiz memandang gurunya
tanpa kelip. Belum pernah dia berada sedekat itu dengan Riana. Jantungnya
berdegup kencang. Seakan merasai degupan jantung Hafiz, Riana mengalihkan
perhatian ke mata Hafiz dan tiba-tiba pandangan mereka bertaut. Hafiz terpana. Sinar
lembut penuh kasih sayang dari mata itu menggetarkan hati lelakinya. Dia
seperti tidak berupaya mengalihkan pandangannya. Masa seakan terhenti seketika.
Sengaja Riana membiarkan
Hafiz merenungnya lama. Dia ingin membaca apa yang ada di dalam hati anak muda
itu melalui matanya. Dia mengesan riak
kesedihan dan kekeliruan di mata pelajar kesayangannya itu.
“Hafiz nak cerita dengan Cikgu
tak?” soal Riana, mengembalikan Hafiz ke dunia nyata. Segera pandangannya
dialihkan.
Hafiz menggelengkan
kepalanya, “saya tak biasa bercerita masalah saya dengan sesiapa pun Cikgu.”
“Hafiz tak percayakan Cikgu?”
tanya Riana lembut.
Hafiz menundukkan
kepalanya, tiba-tiba dia teringatkan Mummynya. Sudah lama dia tidak percayakan
sesiapapun sejak Mummy meninggalkannya. Tiba-tiba Hafiz rindu pada sejuk
renungan Mummy yang sudah lama tidak dirasainya. Setitis air jernih gugur dari matanya. Hafiz segera
menekup tangannya ke muka. Badannya terhenjut-henjut menahan esakan.
Kuat sekali keinginan Riana
untuk memeluk anak muda di hadapannya, melerai semua kesedihan yang terbuku di
hati, tapi profesionalismenya menahan dia berbuat demikian. Dia membiarkan
Hafiz menangis semahunya.
Bila sedu sedan itu mula
reda, Hafiz mengangkat mukanya dan bertanya sinis, “kenapa Cikgu kesah? Mummy
saya pun tak pernah kesah.”
“Sebab saya sayang awak,”
jawab Riana pendek.
Tanpa cuba menyembunyikan
perasaan gembiranya dengan jawapan Riana, Hafiz tersenyum, makin lebar dan
makin lebar dan kemudian dia tertawa besar dalam tangis yang masih bersisa.
“Kenapa ketawa?” tanya
Riana kehairanan tapi dalam masa yang sama gembira melihat anak muridnya itu
kembali ceria.
“Tak percaya lah,” sengaja
Hafiz menduga dengan harapan dia akan mendengar ucapan sayang dari mulut Riana
lagi.
“Tak percaya sudah!” cebik
Riana sambil ketawa.
“So, apa masalah sebenarnya?”
tanya Riana kembali serius bila ketawa mereka mula reda sambil tangannya terus
menuam lebam di muka Hafiz.
Hafiz mula bercerita
tentang Aril yang salah sangka dengannya, tentang kemarahannya pada Akim kerana
menggoda Aisyah, tentang Erin yang menyimpan perasaan padanya. Riana mendengar
penuh khusyuk. Dia membiarkan Hafiz meluahkan semua rasa yang terbuku di dadanya.
“3A pernah berjanji untuk tidak jatuh cinta.
Sekurang-kurangnya sepanjang kitaorang masih bersekolah. Akim lah yang
beriya-iya. Baru lah macho katanya, boleh test power tapi tak payah commit
apa-apa,” cerita Hafiz sambil tertawa kelat.
“Sebab tu, Hafiz tak
percaya Akim betul-betul sukakan Aisyah? Perasaan manusia boleh berubah tau..!”
“Saya tahu dia tak serius
Cikgu. Aisyah lah satu-satu adik saya Cikgu. Saya tak nak Aisyah kecewa”
“Akim kawan Hafiz. Cikgu
tak kenal Akim sebagaimana Hafiz kenal Akim. Tapi Cikgu yakin bertumbuk dan
bergaduh bukan caranya untuk selesaikan masalah. Apa yang Hafiz nak buktikan?
Yang Hafiz paling kuat? Bukankah orang yang paling kuat adalah orang mampu
menahan amarahnya?”
“Akim sahabat yang baik
kan? Hafiz rasa Akim berniat untuk kecewakan Aisyah dan rosakkan persahabatan
korang? Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi sayang… Hafiz fikir tak apa
perasaan Aisyah?”
“Sayang… dia panggil aku
sayang” hati Hafiz berbunga bahagia. Bicara Riana ibarat air di telinganya, tak
tahulah mana satu yang masuk ke otaknya.
“Cinta bukan sesuatu yang
boleh dipaksa. Ia datang tanpa kita mencari. Tapi bila ia hadir, rasanya sangat
indah dan tak mampu kita tolak. Apa yang Akim rasa atau Aril rasa tak akan
mampu dihalang dengan perjanjian bodoh kamu bertiga.”
Hafiz tersengeh, lidahnya
kelu untuk membalas kata-kata gurunya.
“Bercinta, bergaduh,
berpisah semuanya pengajaran yang akan menjadi pengalaman yang paling berharga
dalam hidup. Betapa susahnya mencari cinta sejati, begitulah susahnya untuk
menemui sahabat sejati. Hafiz sanggup melupakan sebuah persahabatan yang dah
bertahun-tahun Hafiz ikat hanya kerana mementingkan ego sendiri?”
Hafiz diam membatu. Dia
tahu tindakannya sangat melampau tadi. Ada garis kekesalan terpancar di
wajahnya.
Riana menyentuh bahu Hafiz
dengan lembut, “balik nanti solat hajat, minta petunjuk dari Tuhan.
Kadang-kadang bila kita buntu, hanya Tuhan yang mampu membantu.”
Hafiz mengangguk. Alamak,
Cikgu dah nak suruh aku balik ni. Dia ingin menghabiskan masanya lebih lama
bersama Riana. Ligat otaknya berfikir untuk melanjutkan perbualan.
“Cikgu…” tekaknya tiba-tiba
terasa kering, soalannya tersangkut tidak berpenghujung.
“Mmmm….?”
“Cikgu pernah jatuh cinta?”
Riana tergelak kecil,
“mesti lah pernah.” Matanya tersenyum nakal.
“Habis tu kenapa Cikgu tak
kahwin? Atau masih dalam perancangan sekarang ni?”
“Kenapa nak tahu? Bukan
Cikgu yang ada masalah sekarang ni, tapi awak?” Riana sengaja menjegilkan
matanya yang sedang tertawa.
“Saja nak tahu……” jawab
Hafiz agak kecewa kerana gagal mengorek rahsia.
“Akim suka Aisyah, Aril
suka Erin tapi Erin suka Hafiz. Hafiz macam mana?” tanya Riana menduga hati
Hafiz.
“Saya suka yang berlesung
pipit…” Hafiz menjawab nakal sambil cuba mengeyitkan matanya, tetapi lebam
kesan tumbukan Akim menyebabkan kenyitannya tidak menjadi.
“Ouch..!!” Hafiz mengaduh
sambil mengosok-gosok pipinya.
Riana ketawa. Hafiz ikut
ketawa.
No comments:
Post a Comment