MENEMUI KEBENARAN
“Tok..tok..” bunyi ketukan
di biliknya. Aisyah merengus malas, menanggalkan MP3 di telinganya dan membuka
pintu bilik. Hafiz menunggunya di depan pintu.
“Boleh Abang masuk?”
“Aisyah tengah sibuk lah,”
balas Aisyah di balik pintu sambil menolak daun pintu.
Hafiz pantas menahan, “Please
dik….”
Aisyah mengalah dan
membiarkan Hafiz masuk tapi mukanya terus mencuka. Dia terus menghempaskan
dirinya ke katil. Hafiz duduk di sebelah adiknya, perlahan tangan Aisyah diraih,
“Dulu masa kita duduk jauh, hari-hari Aisyah nak bercakap dengan Abang.
Sekarang dah duduk dekat, Aisyah tak nak bercakap ngan abang pulak? Janganlah
buat macam ni dik, mati Abang…Aisyah tahu Abang sayang Aisyah sangat-sangat
kan?”
Aisyah segera menarik
tangannya dari genggaman Hafiz dan menutup mukanya. Dia mula menangis
tersedu-sedu. Tak tahan dia mendengar pujukan abangnya. Hafiz segera memeluk
Aisyah erat, “Abang tahu Abang salah, Abang mintak maaf yer?”
Sedu-sedan Aisyah makin
kuat. Hampir dua minggu Aisyah melancarkan perang dingin dengan abangnya.
Aisyah akui dia amat merindui gurau senda Hafiz, tapi dia merasakan Hafiz perlu
diajar untuk menghormati pendapat dan pendiriannya.
“Abang jahat…” rengek
Aisyah manja dalam sedunya sambil memukul-mukul dada Hafiz.
Hafiz membiarkan,
“Ye..ye…Abang jahat…tapi Abang sayang Aisyah. Tapi nampaknya Aisyah lebih
sayang Akim dari Abang. Abang jealous tau...”
“Mana ada…” Aisyah hampir
tertawa, pantas dia mencubit lengan Hafiz.
Hafiz ketawa dan mendakap
Aisyah dekat ke dadanya. Kepala adiknya dicium berkali-kali.
“Maafkan Abang kerana salah
menilai hubungan Aisyah dan Akim. Walau apapun tanggapan Abang tentang Akim,
Abang tahu dia sahabat yang baik dan Abang yakin demi Abang, dia takkan
menyakiti Aisyah. Mungkin Abang cemburu kot. Adik Abang menyayangi lelaki lain
selain Abang dan Daddy.”
Aisyah ketawa kecil
mendengar pengakuan Hafiz.
“Dalam dunia ni, Abang cuma
ada Aisyah dan Daddy. Abang tak boleh kehilangan Aisyah.”
“Mummy?” pantas Aisyah
bertanya.
Hafiz melepaskan pelukannya
dan mengeluh perlahan.
“Abangpun salah menilai
Mummy tau...” kata Aisyah lembut. Sudah lama dia ingin menceritakan perkara
sebenarnya kepada Hafiz, mungkin inilah masanya.
<<<<<<>>>>>>
Dua tahun sebelum Mummy dan
Daddy bercerai, galeri lukisan Daddy ditutup kerana masalah kewangan. Untuk
menampung perbelanjaan keluarga, Mummy terpaksa mencari pekerjaan kerana Daddy
berkeras untuk terus melukis. Uncle Adlin, kawan lama Mummy, telah membantu
Mummy mendapat pekerjaan di syarikatnya sebagai pegawai pemasaran. Bila
perniagaan Uncle Adlin makin maju, masa kerja Mummy juga makin tidak menentu.
Daddy selalu marah-marah bila Mummy pulang lewat.
“Tapi Abang masih ingatkan,
walau macam sibuk pun Mummy, dia tak pernah mengabaikan kita kan?” Hafiz hanya
mengangguk perlahan.
Hubungan Mummy yang rapat
dengan Uncle Adlin dan kenaikan kerjaya Mummy yang agak mendadak menyebabkan
ada staff yang irihati. Untuk menjatuhkan Mummy, satu komplot telah dirancang
sehingga pada satu malam, Mummy dan Uncle Adlin ditangkap khalwat di pejabat
Uncle Adlin.
“Padahal malam itu, secretary
Uncle Adlin ada bersama, cuma dia keluar sekejap membeli makanan,” lancar
Aisyah bercerita.
Daddy sangat marah dan tak
mahu mendengar penjelasan Mummy. Mummy terus diceraikan dengan talak tiga. Demi
menjaga maruah Mummy, Uncle Adlin mengahwini Mummy dan menjual semua sahamnya
di Malaysia dan membuka cawangan baru di Singapura.
“Tapi Aisyah tahu Mummy tak
pernah mencintai Uncle Adlin sebagaimana Mummy mencintai Daddy. Abang takkan
rasa kasih-sayang antara mereka kat rumah tu bang… Mostly it was all about
business.”
“Sebenarnya keputusan
Mahkamah memutuskan kita berdua dijaga oleh Mummy tapi Mummy tahu Daddy akan
merana kalau berpisah dengan kita. Jadi Mummy menyerahkan Abang pada Daddy.
Untuk memastikan hidup Daddy dan Abang terbela, sebab Abangpun tahukan macam
mana susahnya nak jual sebuah lukisan, Mummy membeli semua lukisan-lukisan
Daddy secara rahsia. Bila Mummy dan Uncle Adlin nak migrate ke Australia untuk
kembangkan lagi perniagaannya, bukan Aisyah tak nak ikut tapi Mummy yang suruh
Aisyah stay ngan Abang dan Daddy. Mummy rela berpisah dengan Aisyah semata-mata
nak bahagiakan Abang dan Daddy.”
Airmata Hafiz bergenang di
matanya.
<<<<<<<>>>>>>>>>>>>
Hafiz berteluku di tikar
sembahyang sejak lama. Airmatanya tidak berhenti mengalir. Dia merasa sangat
berdosa pada Mummy.
Nasihat Cikgu Riana tidak
lama dulu semasa dia mengomel pasal Mummynya dan cerita Aisyah bersilih ganti
dalam benaknya.
“Tak ada mak yang tak
sayang anak Hafiz. Mesti ada sebabnya Mummy Hafiz bertindak macam tu. Hafiz tak
boleh bersangka buruk dengan Mummy. Hafiz patut bersyukur sebab masih ada ibu.
Berapa ramai orang kat luar sana yang tak kenal pun ibu diaorang siapa.”
“Mungkin Mummy susah nak
tunjukkan perasaannya pada Abang, sebab Abang selalu dingin bila bersama Mummy.
Tapi percayalah bang, Mummy sayangkan Abang lebih dari apa yang fikir.”
“Mummy…maafkan Hafiz,”
rintih Hafiz perlahan.
No comments:
Post a Comment