MERUNGKAI YANG TERSIMPUL
Pertelingkahan 3A adalah
gossip terhangat di Temenggung Aziz sejak lebih seminggu yang lalu. Hafiz, Akim
dan Aril saling tidak bertegur sapa. Masing-masing dengan hal masing-masing.
Tiada lagi keriuhan di kelas 6 Atas Syafiee seperti biasa.
Hampir setiap petang
selepas waktu persekolahan, Hafiz menghabiskan masanya bersama Cikgu Riana,
sama ada di bilik kaunseling atau di perpustakaan. Selain teman belajar, Rianalah
tempat dia bercerita setelah kawan-kawan karibnya tiada di sisi.
“Aisyah pun tak nak
bercakap dengan saya, Cikgu. Semuanya dah berubah sekarang, dah serba tak
kena,” keluh Hafiz.
“Hafiz tak mahu betulkan
balik keadaan ni?”
“Macam mana? Saya buntu lah
Cikgu.”
“Meminta maaf dan memaafkan.
Itu jer caranya,” lembut Riana bersuara.
“Aril yang salah sangka
dengan saya, Akim yang mengorat adik saya, Aisyah yang tak pasal-pasal merajuk,
kenapa saya pulak nak kena minta maaf?” Hafiz bersuara sedikit tinggi.
“Hafiz tak bersalah
langsung ke? Jangan biarkan ego yang tinggi tu memakan diri sendiri, Fiz.”
Hafiz terdiam. Mukanya
menunjukkan riak protes.
Riana memandang Hafiz dengan
matanya beriak nakal, “Cikgu ada kenal seorang budak. Cooomel sangat. Nama dia
Hafiz. Dia ni seorang yang pandai, baik hati, nakal…” Riana sedikit tertawa dan
menyambung ayatnya seperti seorang ibu sedang bercerita kepada anak kecilnya,
“dan penyayang…Dia saaangat sayang adik dia, kawan-kawan dia. Suatu hari mereka
bergaduh sampai bertumbuk. Hummh…Dia sangat marah tapi demi menyatukan kawan-kawan
dia dan menggembirakan adik yang dia sayang, dia sanggup mengalah dan meminta
maaf. Dia mengalah kerana dia “gentleman”. Dia sanggup ketepikan ego dia untuk
kebahagiaan semua.”
Hafiz tertawa melihat keletah
Riana tetapi dadanya terasa sebak, dia memandang gurunya, matanya bersinar
terharu, “terima kasih Cikgu. Saya mesti tak tahu bagaimana nak menghadapi
semua ni kalau Cikgu tak ada.”
<<<<<<<>>>>>>>
Dari jauh Hafiz melihat
Aril berseorangan di belakang kantin sekolah. Sepertinya tempat itu menjadi
persinggahan wajib Aril sepanjang mereka tidak bertegur sapa. Hatinya masih
berkira-kira, patutkah dia menegur Aril dahulu. Bagaimana nanti kalau Aril
tidak mengendahkannya. Langkahnya tetap diteruskan walaupun hatinya penuh ragu.
“Kau tunggu makcik kantin
bagi kau makanan lebih jualan hari ni ke?” Hafiz cuba berlagak selamba.
Aril memandang sekilas pada
empunya suara yang amat dikenalinya. Pandangan segera dialihkan. Hatinya
bercampur-baur. Aril tahu dia rindukan sahabatnya itu, namun dia tiada
keberanian untuk memulakan bicara.
Hafiz duduk di sebelah Aril
dan menolak bahu Aril dengan bahunya.
“Ustazah Linda kata munafik
tau bergaduh lebih dari tiga hari.”
Aril memandang ke hadapan,
matanya hampir berkaca, “Aku... Salah aku tak dapat kawal marah aku…aku tak
sepatutnya tumbuk kau hari tu.”
“Memang…nak tercabut rahang
aku kau tahu tak? Kuat giler!” Hafiz cuba berlawak.
Aril memandang Hafiz dan
ketawa, “tangan aku pun sakit dowh!”
Kedua sahabat itu sama-sama
ketawa.
Hafiz menghulurkan
tangannya kepada Aril, “friends?”
Aril menyambutnya dengan
senyuman lebar, “forever!!”
Hafiz mengambil peluang
menceritakan kepada Aril perkara sebenarnya yang berlaku di antara dia dan
Erin.
“More or less, aku tahu
sangkaan aku salah Fiz...tapi entah apa yang merasuk aku hari tu,” kata Aril
penuh kesal.
“Habis tu kau dan Erin
macam mana?”
Aril hanya mengangkat bahu,
“belum ada keberanian untuk aku bersemuka dengan Erin. Tapi Ummi aku selalu
cakap, nak buat apapun kena ukur baju di badan sendiri. Aku bukan lelaki yang
selayaknya untuk Erin. Kalau dia suka kau, aku pun suka jer, janji dia happy.”
“Ish…sumpah aku tak ada
apa-apa perasaan kat Erin. Kau jangan pandai-pandai pulak nak kenen-kenen.”
Aril ketawa, “habis kau ada
perasaan pada siapa? Riana?”
Hafiz ketawa gugup,
“obvious” sangat ke perasaan aku ni, bisiknya di dalam hati, pantas Hafiz
membidas “Gila kau...mana ada!!”
“Aku risau pasal Aisyah,”
Hafiz cepat-cepat mengubah tajuk perbualan.
“Aku rasa kau patut bagi
Akim peluang. Aku tengok dia murung sangat bila kau sisihkan dia. Dia kawan baik
kita Fiz. Dah lama dah kita berkawan.
Tak mungkinlah di saja-saja nak mainkan Aisyah dan buat kau marah,”
berhati-hati Aril cuba meyakinkan Hafiz.
Hafiz hanya diam.
<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>
Erin sangat gembira hari
ini kerana tiga perkara.
Yang pertama Hafiz telah bersemuka
dengannya dan meminta maaf walaupun Hafiz tak salah apa-apapun sebenarnya. Erin
sangat tak sangka budak terencat akal itu akan menjadi sebegitu gentleman.
“Tolong jangan malu dengan
Hafiz. Tak ada salahnya perasaan Erin tu. Hafiz hargai sangat-sangat, tapi
mungkin bukan sekarang masanya. Perjalanan kita masih jauh lagi. Kita tak tahu
apa yang akan berlaku pada masa depan kan? Sekarang, baik kita tumpukan pada
STPM dulu. Kot-kot nanti memang ada jodoh kita mana tahu kan?” kata Hafiz
sambil tersengeh-sengeh dengan lirikan matanya yang nakal.
Perkara kedua dan ketiga
adalah tentang Aril. Setelah kejadian hari tu, Aril akhirnya menegurnya dan
Aril juga membawa berita tentang Isma. Erin tak sangka, “in a way” dia
bersaudara dengan Aril. Hehehe, macam lawak pulak, ketawa Erin di dalam
hatinya.
“Diaorang dah ada dua anak.
Ni nombor Abang Zul dan Kak Isma. Last sekali Aril call diaorang minggu lepas.
Tapi Aril tak ada cerita pasal Erin. Nanti Erin call Kak Isma sendiri lah.”
Muka Erin berseri-seri, “Terima
kasih banyak-banyak Aril. You don’t know what it really means to me. Dah lama
Erin cuba mencari berita tentang Kak Isma. Akhirnya…Alhamdulilah. Thanks Aril.
Thank you very much. Tak sangka kita bersaudara kan?”
Aril hanya tersenyum. Dia
tidak pasti samada talian “persaudaraan” itu menggembirakannya tetapi melihat
gadis pujaannya tersenyum girang, mmm… “priceless!”.
“Erin belum ucapkan terima
kasih untuk bunga-bunga tu...”
Aril tersenyum malu,
“Ahhhh…no sweat, satu loripun Erin nak, Aril pun boleh beli.”
Erin ketawa mengekek, “Aril
tak marah?” Aril menggelengkan kepalanya dengan senyuman yang tak lekang dari
bibirnya.
“Mencintai bukan bererti
mesti memiliki. Bila kita mencintai dengan ikhlas, apapun halangannya, kita
tetap akan merasa bahagia” begitu kata Ummi yang Aril pegang kemas.
No comments:
Post a Comment