PEMUJA
MISTERI
Pagi ini, Erin menerima
kiriman bunga lily itu lagi. Tersorok dihujung kelongsong mejanya. Ada nota
kecil ditaip kemas dikepilkan bersama, “Nona Erin yang manis, pagi ini tak akan
pernah bersinar tanpa senyummu. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.”
Ikhlas - ASE.
“ASE…??? siapa yer?” bisik
hati Erin.
Termasuk hari ini, hampir
setiap hari dia menerima kiriman itu sejak dua minggu yang lalu dengan
nota-nota yang berbeza. Erin tertanya-tanya siapakah pengirimnya. Bila semakin
ramai rakannya masuk ke kelas, Erin segera menyembunyikan kiriman yang
diterimanya.
Seperti biasa bila 3A
sampai, suasana kelas akan bertukar gamat dengan suara dan keletah mereka. Erin
menjeling dari tempat duduknya, “uhh…datang-datang jer buat bising, macamlah
kelas ni diaorang jer yang punya,” getus Erin. Zizi masih belum sampai. Erin
mengeluarkan buku teks untuk pelajaran pertama hari ini, bersiap sedia untuk
menerima ilmu baru.
Tiba-tiba ketenangannya di
ganggu Hafiz yang berlagu merdu di hadapannya, “Rupa kamu yang cantik, Mata
kamu yang bulat….oh Nonaku Eeeeeerin….”
Erin mencebik, berpura-pura
marah, “Nak apa lah?”
Hafiz ketawa nakal. “Pinjam kerja rumah semalam boleh?
Pleaseeeeeee,” minta Hafiz sambil mengelip-ngelipkan matanya seperti kucing
gemuk Garfield.
Erin tidak dapat
menyembunyikan senyumnya melihat aksi nakal Hafiz. Hatinya berbunga riang.
Segera dikeluarkan buku latihannya dari beg sekolah, baru tangannya ingin
menghulurkan buku itu kepada Hafiz, dia berhenti seketika, “dengan satu syarat!”
“Uhhhh, syarat apa?”
“Hafiz tak boleh buli Erin
lagi!”
“Mmmmm….” Hafiz
berpura-pura berfikir dan bila Erin agak terleka, pantas dia merampas buku
latihan itu dari tangan Erin, “tak boleh janji! Kalau 3A tak buli Erin satu
hari, Erin mesti rindu kann??”
“Hah, perasannya.!! Tak ada
siapa yang akan rindu dengan budak terencat akal macam you all”
“Uhhh? Really? Tapi nanti 3A
yang rindu pulak…..” Hafiz terus mengusik.
Hafiz tersengeh-sengeh
seperti kerang busuk,”pinjam e buku ni?”
Erin menganggguk kehilangan
kata.
“Thank you sweetie, you are
the best lah.”
Muka Erin merah menahan
malu dan senyuman meleret menghiasi wajah manisnya. Adakah Hafiz yang
mengirimkann bunga lily dan nota-nota itu kepadanya? Lagu yang dinyanyikan tadi
sengaja ditukar daripada “Nonaku Azizah” kepada “Nonaku Erin”. Mungkinkah
Hafiz, peminat rahsianya itu? Tapi bagaimana Hafiz tahu lily adalah bunga
kegemarannya? Mungkin daripada Aril. Mmmm…betul, mesti Aril memberitahu Hafiz. Erin
yakin telahannya itu betul. Hafizlah pemuja misterinya.
<>
“Ok kelas, kita jumpa lagi
esok,” kata Riana sebaik sahaja loceng berbunyi.
“Bangun!!! Terima kasih
Cikgu,” laung Yazid dan diikuti oleh pelajar-pelajar yang lain.
“Yazid tolong bawa buku
latihan ni ke bilik guru ye,” pesannya kepada sang ketua kelas sebelum keluar.
Yazid segera ke hadapan
kelas untuk mengambil buku-buku latihan yang tersusun di atas meja, tapi belum
pun sempat di melangkah keluar kelas, Hafiz telahpun menunggu di hadapan pintu.
“Bagi aku hantar, nanti kau
tak ada bising pulak kelas ni,”
Agak kehairanan dengan
sikap Hafiz, namun Yazid tidak membantah. Buku-buku itu diberikan kepada Hafiz.
“Dush..boleh tahan berat
jugak,” ngomel Hafiz. Hafiz mempercepatkan langkahnya, cuba mengejar Riana yang
sudah jauh ke hadapan.
“Cikgu…!! Cikgu…!!”
Riana mematikan langkahnya
dan menoleh ke belakang, “uhhh?? Mana Yazid?”
“Dia kena jaga kelas Cikgu,
nanti kelas bising”
“Hah?? Bukan kamu ke yang
selalu buat bising?”
“Hehehe…Cikgu ni mana ada..”
Insiden dia didenda oleh Ustazah Linda tiba-tiba terpapar di matanya. Malu
dowh!
Teringatkan insiden yang
sama, Riana tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Riana meneruskan
langkahnya. Hafiz segera ke sebelah Riana dan mereka berjalan beriringan ke
bilik guru.
“Kenapa muka Cikgu nampak
pucat hari ni, kurang mekap ke?” akhirnya Hafiz membuka soalan yang ingin
ditanyanya sedari mula dia melihat Riana hari ini. Memang muka gurunya itu agak
pucat, tangannya kekadang kelihatan menggigil dan dia lebih banyak duduk di
kerusinya daripada berdiri atau berjalan sekeliling kelas.
Dalam tawa kecil, Riana
berlawak, “Ha ah mekap dah habis, belum beli baru.”
Hafiz tidak ikut ketawa,
“Cikgu… kalau sakit makan ubat lah.” Serius bunyi suara anak muda itu.
Riana berpaling melihat
riak muka Hafiz, ada garis risau di wajah comelnya. Hati perempuan Riana
tersentuh.
“Cikgu ok lah. Jangan bimbang. Insya Allah,
Cikgu sempat habiskan silibus sebelum trial exam nanti.”
Hafiz tersenyum kelat,
hatinya menjawab, “saya tak risau pasal examlah, saya risau pasal Cikgu.”
<>
Keresahan Aril semakin
memuncak. Sudah dua minggu dia mengirimkan bunga lily berserta nota-nota
cintanya kepada Erin, namun sehingga ke hari ini, Erin seolah-olah tidak
menunjukkan sebarang reaksi positif kepadanya. Apakah Erin tidak boleh meneka bahawa kiriman
lily itu datang daripadanya? Atau ada orang lain lagi kah yang tahu tentang
bunga kegemaran Erin itu?
Aril masih ingat, dia
secara tak sengaja terpijak bunga lily yang sedang dipilih Erin dan diletakkan
di atas lantai sewaktu berkunjung ke Kedai Bunga Rubisa bulan lepas. Waktu itu,
Aril ingin membeli bunga untuk hadiah hari jadi Ummi.
“Awak ni, di luar sekolah
pun masih nak buli saya?” getus Erin geram.
“Demi Allah, saya tak
sengajalah. Aril ganti ye,” pujuk Aril serba salah.
“Yang awak pijak tu jer
yang tinggal. Dah tak ada lagi dah,” getus Erin marah.
“Kalau macam tu, pilihlah
bunga lain. Aril bayar, tak apa,” Aril terus memujuk.
“Saya tak suka bunga lain!”
bentak Erin dan terus keluar dari kedai.
Tepukan kuat di bahunya
mematikan lamunan Aril. “Dah sampai langit ketujuh dah??” tanya Hafiz. Aril
hanya tersengeh.
“Kau kenapa?” tanya Hafiz
lagi.
“Huh?? Tak der apa,” jawab
Aril ringkas. Hafiz memandang muka Aril sambil mengecilkan matanya.
“Aku pernah tak cakap
engkau….”
“Cakap apa??” pintas Aril
rimas disoal-siasat begitu oleh rakannya.
“Kau tak pandai menipu.
Semua benda yang kau fikir ada kat muka kau”
“Kau ni bagi pujian ke
kejian?”
Hafiz ketawa mengelekek, “dua-dua
kot! Akim kata lelaki yang tak tahu menipu bukan lelaki sejati.”
Aril membatukan diri, malas
melayan usikan Hafiz.
“Aril.. aku serius ni, kau
ada masalah ke?”
Patutkah aku memberitahu
Hafiz mengenai perasaanku pada Erin? Aril masih berkira-kira.
“Kalau aku bagitahu engkau,
engkau janji jangan ketawakan aku dan yang paling penting jangan bagitau Akim,”
kata Aril berhati-hati.
“Hmmm???” Hafiz mengangkat
keningnya. “Jangan bagitau Akim?? Ni mesti pasal perempuan ni, betul tak?”
pantas Hafiz meneka.
Aril tersengeh dan
mengangguk. “Erin...” jawabnya perlahan.