Monday, 8 July 2013

NOKTAH CINTA (PT. 8)



PEMUJA MISTERI

Pagi ini, Erin menerima kiriman bunga lily itu lagi. Tersorok dihujung kelongsong mejanya. Ada nota kecil ditaip kemas dikepilkan bersama, “Nona Erin yang manis, pagi ini tak akan pernah bersinar tanpa senyummu. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.” Ikhlas - ASE.

“ASE…??? siapa yer?” bisik hati Erin.

Termasuk hari ini, hampir setiap hari dia menerima kiriman itu sejak dua minggu yang lalu dengan nota-nota yang berbeza. Erin tertanya-tanya siapakah pengirimnya. Bila semakin ramai rakannya masuk ke kelas, Erin segera menyembunyikan kiriman yang diterimanya.

Seperti biasa bila 3A sampai, suasana kelas akan bertukar gamat dengan suara dan keletah mereka. Erin menjeling dari tempat duduknya, “uhh…datang-datang jer buat bising, macamlah kelas ni diaorang jer yang punya,” getus Erin. Zizi masih belum sampai. Erin mengeluarkan buku teks untuk pelajaran pertama hari ini, bersiap sedia untuk menerima ilmu baru.

Tiba-tiba ketenangannya di ganggu Hafiz yang berlagu merdu di hadapannya, “Rupa kamu yang cantik, Mata kamu yang bulat….oh Nonaku Eeeeeerin….”

Erin mencebik, berpura-pura marah, “Nak apa lah?”

Hafiz ketawa nakal.  “Pinjam kerja rumah semalam boleh? Pleaseeeeeee,” minta Hafiz sambil mengelip-ngelipkan matanya seperti kucing gemuk Garfield.

Erin tidak dapat menyembunyikan senyumnya melihat aksi nakal Hafiz. Hatinya berbunga riang. Segera dikeluarkan buku latihannya dari beg sekolah, baru tangannya ingin menghulurkan buku itu kepada Hafiz, dia berhenti seketika, “dengan satu syarat!”

“Uhhhh, syarat apa?”

“Hafiz tak boleh buli Erin lagi!”

“Mmmmm….” Hafiz berpura-pura berfikir dan bila Erin agak terleka, pantas dia merampas buku latihan itu dari tangan Erin, “tak boleh janji! Kalau 3A tak buli Erin satu hari, Erin mesti rindu kann??”

“Hah, perasannya.!! Tak ada siapa yang akan rindu dengan budak terencat akal macam you all”

“Uhhh? Really? Tapi nanti 3A yang rindu pulak…..” Hafiz terus mengusik.

Hafiz tersengeh-sengeh seperti kerang busuk,”pinjam e buku ni?”

Erin menganggguk kehilangan kata.

“Thank you sweetie, you are the best lah.”

Muka Erin merah menahan malu dan senyuman meleret menghiasi wajah manisnya. Adakah Hafiz yang mengirimkann bunga lily dan nota-nota itu kepadanya? Lagu yang dinyanyikan tadi sengaja ditukar daripada “Nonaku Azizah” kepada “Nonaku Erin”. Mungkinkah Hafiz, peminat rahsianya itu? Tapi bagaimana Hafiz tahu lily adalah bunga kegemarannya? Mungkin daripada Aril. Mmmm…betul, mesti Aril memberitahu Hafiz. Erin yakin telahannya itu betul. Hafizlah pemuja misterinya.

<> 

“Ok kelas, kita jumpa lagi esok,” kata Riana sebaik sahaja loceng berbunyi.

“Bangun!!! Terima kasih Cikgu,” laung Yazid dan diikuti oleh pelajar-pelajar yang lain.

“Yazid tolong bawa buku latihan ni ke bilik guru ye,” pesannya kepada sang ketua kelas sebelum keluar.

Yazid segera ke hadapan kelas untuk mengambil buku-buku latihan yang tersusun di atas meja, tapi belum pun sempat di melangkah keluar kelas, Hafiz telahpun menunggu di hadapan pintu.

“Bagi aku hantar, nanti kau tak ada bising pulak kelas ni,”

Agak kehairanan dengan sikap Hafiz, namun Yazid tidak membantah. Buku-buku itu diberikan kepada Hafiz.

“Dush..boleh tahan berat jugak,” ngomel Hafiz. Hafiz mempercepatkan langkahnya, cuba mengejar Riana yang sudah jauh ke hadapan.

“Cikgu…!! Cikgu…!!”

Riana mematikan langkahnya dan menoleh ke belakang, “uhhh?? Mana Yazid?”

“Dia kena jaga kelas Cikgu, nanti kelas bising”

“Hah?? Bukan kamu ke yang selalu buat bising?”

“Hehehe…Cikgu ni mana ada..” Insiden dia didenda oleh Ustazah Linda tiba-tiba terpapar di matanya. Malu dowh!

Teringatkan insiden yang sama, Riana tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Riana meneruskan langkahnya. Hafiz segera ke sebelah Riana dan mereka berjalan beriringan ke bilik guru.

“Kenapa muka Cikgu nampak pucat hari ni, kurang mekap ke?” akhirnya Hafiz membuka soalan yang ingin ditanyanya sedari mula dia melihat Riana hari ini. Memang muka gurunya itu agak pucat, tangannya kekadang kelihatan menggigil dan dia lebih banyak duduk di kerusinya daripada berdiri atau berjalan sekeliling kelas.

Dalam tawa kecil, Riana berlawak, “Ha ah mekap dah habis, belum beli baru.”

Hafiz tidak ikut ketawa, “Cikgu… kalau sakit makan ubat lah.” Serius bunyi suara anak muda itu.

Riana berpaling melihat riak muka Hafiz, ada garis risau di wajah comelnya. Hati perempuan Riana tersentuh. 

“Cikgu ok lah. Jangan bimbang. Insya Allah, Cikgu sempat habiskan silibus sebelum trial exam nanti.”

Hafiz tersenyum kelat, hatinya menjawab, “saya tak risau pasal examlah, saya risau pasal Cikgu.”

<> 

Keresahan Aril semakin memuncak. Sudah dua minggu dia mengirimkan bunga lily berserta nota-nota cintanya kepada Erin, namun sehingga ke hari ini, Erin seolah-olah tidak menunjukkan sebarang reaksi positif kepadanya.  Apakah Erin tidak boleh meneka bahawa kiriman lily itu datang daripadanya? Atau ada orang lain lagi kah yang tahu tentang bunga kegemaran Erin itu?

Aril masih ingat, dia secara tak sengaja terpijak bunga lily yang sedang dipilih Erin dan diletakkan di atas lantai sewaktu berkunjung ke Kedai Bunga Rubisa bulan lepas. Waktu itu, Aril ingin membeli bunga untuk hadiah hari jadi Ummi.

“Awak ni, di luar sekolah pun masih nak buli saya?” getus Erin geram.

“Demi Allah, saya tak sengajalah. Aril ganti ye,” pujuk Aril serba salah.

“Yang awak pijak tu jer yang tinggal. Dah tak ada lagi dah,” getus Erin marah.

“Kalau macam tu, pilihlah bunga lain. Aril bayar, tak apa,” Aril terus memujuk.

“Saya tak suka bunga lain!” bentak Erin dan terus keluar dari kedai.

Tepukan kuat di bahunya mematikan lamunan Aril. “Dah sampai langit ketujuh dah??” tanya Hafiz. Aril hanya tersengeh.

“Kau kenapa?” tanya Hafiz lagi.

“Huh?? Tak der apa,” jawab Aril ringkas. Hafiz memandang muka Aril sambil mengecilkan matanya.

“Aku pernah tak cakap engkau….”

“Cakap apa??” pintas Aril rimas disoal-siasat begitu oleh rakannya.

“Kau tak pandai menipu. Semua benda yang kau fikir ada kat muka kau”

“Kau ni bagi pujian ke kejian?”

Hafiz ketawa mengelekek, “dua-dua kot! Akim kata lelaki yang tak tahu menipu bukan lelaki sejati.”
Aril membatukan diri, malas melayan usikan Hafiz.

“Aril.. aku serius ni, kau ada masalah ke?”

Patutkah aku memberitahu Hafiz mengenai perasaanku pada Erin? Aril masih berkira-kira.

“Kalau aku bagitahu engkau, engkau janji jangan ketawakan aku dan yang paling penting jangan bagitau Akim,” kata Aril berhati-hati.

“Hmmm???” Hafiz mengangkat keningnya. “Jangan bagitau Akim?? Ni mesti pasal perempuan ni, betul tak?” pantas Hafiz meneka.

Aril tersengeh dan mengangguk. “Erin...” jawabnya perlahan.

No comments:

Post a Comment