Friday, 5 July 2013

NOKTAH CINTA (PT. 6)



SIRIH PULANG KE GAGANG

Hafiz sedang bersantai-santai di hadapan TV semasa loceng rumahnya berbunyi bertalu-talu. Bila pintu rumahnya dibuka, Hafiz tergamam.

“SURPRISE!!!!!” jerit Aisyah kegembiraan sambil memeluk erat Hafiz. Hafiz membalas pelukan Aisyah dan fikirannya sedikit terganggu melihat Mummy, Uncle Adlin dan dua buah beg besar di belakang Aisyah.

Daddy muncul dari belakang pintu. Aisyah meleraikan pelukannya dan segera mencium tangan Daddy. Muka Aisyah berseri-seri, “Daddy, Aisyah akan duduk sini dengan Daddy.” 

Tanpa berlengah Aisyah mengheret salah satu beg besar itu dan masuk ke dalam rumah. “Abang tolong bawak masuk yang lagi satu yer,” katanya memberi arahan.

Hafiz menuju ke arah Mummy dan Uncle Adlin dan segera mencium tangan keduanya. 

 “Masuklah dulu Mummy, Uncle,” pelawa Hafiz.

“It’s ok sayang. You know your dad. Dia bukannya suka mummy jijakkan kaki dalam rumah tu. Mummy dan Uncle akan migrate ke Australia. Aisyah doesn’t want to follow, so she will stay here with you and your Daddy. Flight Mummy tonite so we have to make a move now. Bye darling! You take care.”  Mummy mencium pipi Hafiz dan segera berlalu pergi.

Hafiz seakan kehilangan kata-kata dan hanya melihat Mercedes Benz yang membawa Mummy dan Uncle Adlin meninggalkan perkarangan rumahnya.
    
Di dalam rumah, Aisyah rancak berbual dengan Daddy. Wajah Daddy berseri-seri. Sekian lama dia ingin bertemu Aisyah tapi Mummy tak pernah izinkan. Dada Hafiz terasa sebak. Kenapalah Mummynya tidak seperti emak orang lain? Kesian Aisyah. Kesian Daddy.

“Kenapa tak bagi tahu Abang, Aisyah nak pindah sini?” tanya Hafiz.

“Kan namanya pun SURPRISE!!” jawab Aisyah sambil menjelirkan lidahnya kepada Hafiz. “Tapi Daddy tahu kan?” sambung Aisyah manja sambil melentokkan kepalanya ke bahu Daddy.

“Ohh..main jelir-jelir lidah. Mari sini, Abang potong lidah tu,” kata Hafiz mengacah Aisyah. 

“Tak nakkkkk…….!!!” Aisyah segera melarikan dirinya dan Hafiz mengejar. Terpekik-pekik Aisyah cuba menyelamatkan diri. Seperti anak kecil, dua beradik itu bermain kejar-kejar di dalam rumah. Dan Daddy ketawa bahagia melihat kedua-dua anaknya bersatu semula.

<> 

Hafiz bersidai di tepi koridor, di luar pejabat pentadbiran sekolah sementara menunggu Daddy menyelesaikan urusan perpindahan sekolah Aisyah. Matanya melilau ke bilik guru perempuan di bangunan berhadapan. “Untung-untung boleh nampak Cikgu Riana,” hatinya berbisik nakal. 

“Abang jom, dah settle dah,” cuit Aisyah. 

“Dapat kelas mana?” soal Hafiz.

“6 Rendah Hambali,” jawab Aisyah pendek.

“Jom, abang bawak gi kelas.” 

Setelah bersalam dengan Daddy, kedua beradik itu beriringan menuju ke kelas. Tiba-tiba Hafiz rasa tak sabar ingin memperkenalkan adiknya kepada kedua kawan baiknya.

“Eh, kita singgah kelas abang dulu lah,” cadang Hafiz.

“Kenapa?” soal Aisyah kehairanan.

“Untuk menjadi warga Temenggung Aziz, Aisyah kena “kow tow” dengan 3A dulu!”

“Hah?” walaupun tidak faham dengan bicara Hafiz tetapi Aisyah membiarkan Hafiz menarik tangannya laju ke kelas 6 Atas Syafiee.

Aril dan Akim yang sedang tertunggu-tunggu Hafiz di luar kelas kehairanan melihat Hafiz yang tergesa-gesa sambil memimpin tangan pelajar perempuan yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.

Tercungap-cungap, Hafiz memperkenalkan adik kesayangannya, “Korang, ni adik aku, Aisyah! Aisyah, yang hensem tapi capang ni Aril, yang hensem tapi galah ni Akim, hehehe!”

Aisyah tersenyum malu, mengganguk dan menghulurkan tangan kepada Aril dan Akim. Cepat Hafiz menarik tangan Aisyah sebelum sempat Aril atau Akim menyambut huluran salam itu.

“Ok geng, aku hantar Aisyah ke kelas jap, korang masuk dulu,” kata Hafiz sambil menarik Aisyah laju.

Serentak Aril dan Akim bersuara “Hek eleh………..!!”

Hafiz hanya ketawa mengekek melihat muka tak puas hati kawan-kawannya.

No comments:

Post a Comment