Thursday, 19 June 2014

NOKTAH CINTA (PT. 22)

NOKTAH CINTA

Sudah empat jam berlangsung. Di luar dewan bedah, semua orangpun tidak senang duduk. Zakwan mundar-mandir di hadapan pintu dewan bedah tak tentu arah. Mummy bersama Emak di satu sudut membaca Yaasin tanpa henti. Aisyah, Akim dan Aril di satu sudut lain melayan perasaan. Daddy dan Ayah pula duduk di kerusi, berusaha menenangkan diri.

Selepas satu jam kemudian, Dr. Syafi keluar dan mereka semua segera menerpa.

Dr. Syafi tersenyum, “Alhamdulilah, operasi berjalan lancar. Kedua-dua murid dan guru selamat. Tapi kedua-duanya akan diletakkan di ICU dulu untuk pemerhatian lanjut. Kita perlu tengok samada Riana boleh bertindak balas atau tidak dengan hati barunya. Untuk Hafiz, Insya Allah, no complication. Dia akan sedar lepas kesan ubat bius hilang.”

Tiada kata yang mampu menggambarkan kegembiraan dua keluarga itu, hanya ucapan syukur kepada Tuhan dan airmata yang menceritakan segala-galanya.

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>> 

Sudah dua hari Hafiz dipindahkan ke wad biasa. Riana juga sudah sedar, tetapi badannya sangat lemah hingga mengganggu sistem pernafasannya. Doktor terpaksa meletakkan Riana dalam keadaan koma untuk memudahkan tindakbalas badan dengan hati barunya.

“Keputusan Hafiz dah nekad?” tanya Mummy.

Hafiz mengganguk.

“Tak kisah berjauhan dengan Daddy..Aisyah…3A?”

Hafiz tersenyum sambil meraih tangan Mummy, “Daddy ada Aisyah. Aisyahpun dah ada Akim. Dan suka atau tak 3A akan tetap membawa haluan masing-masing. Sekarang masanya untuk Hafiz tebus semula masa-masa kita yang hilang dulu.”

Mummy tersenyum. Matanya berkaca. Sesungguhnya anak ini sangat matang melebihi usia mudanya.

<<<<<<<<<>>>>>>>> 

Hafiz meminta izin Zakwan untuk berduaan dengan Riana di biliknya. Airmatanya seakan tidak mahu berhenti mengalir. Wajah itu sangat pucat, nafasnya turun-naik dengan bantuan alat pernafasan.

Hafiz memegang tangan Riana. Sejuk.

“Cikgu, maafkan Hafiz….”

Hafiz tak pasti sama ada Riana dapat mendengar atau tidak tetapi dia terus bercakap dengan Riana.

“Kita mungkin tak kan jumpa lagi selepas ni Cikgu. Tapi sampai bila-bilapun, Hafiz akan ingat Cikgu… Sampai bila-bilapun Hafiz akan sayang Cikgu.”

Tangan Riana dikucupnya perlahan.

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>

Akim, Aril, Erin dan Zizi berlari-lari anak menuju ke arah Hafiz dan keluarganya. Nasib baiklah mereka mereka sempat sampai. Kalau tak mesti tak sempat nak ucapkan selamat tinggal.

Melihat kawan-kawannya, wajah Hafiz segera bertukar ceria.

“Kenapa lambat dowh? Risau aku takut tak sempat jumpa korang!”

“Sorry lah, driver Erin ni, lembab…” Aril ketawa melihat muka Erin cuak.

Pengumuman penerbangan ke Melbourne bergema. Hafiz memandang kawan-kawannya.

“Ok geng, aku kena chow dulu! Group Hug!!”

Segera dia memeluk Aril dan Akim. Tiada suara yang keluar dari mereka bertiga hanya airmata yang berkata-kata.

“Okeh…gembeng lah korang ni!” Hafiz mengutuk kawan-kawannya walaupun matanya sendiri merah berair.

“Okey Erin, Zizi..take care. Jangan lupa kita berjumpa di facebook!” Hafiz berlawak sambil bersalam dengan mereka.

Akhir sekali, dia memeluk Aisyah dan Daddy. Sukar untuk Hafiz berpisah dengan keduanya, lebih-lebih lagi dengan Daddy.

“Ampunkan Hafiz Daddy…tolong jangan marah Hafiz. Hafiz pasti akan balik semula ke sini, Daddy jangan bimbang. Daddy jangan kerja sampai lewat malam ye. Jaga kesihatan. Hafiz sayang Daddy!"

Daddy hanya mengangguk lesu. Airmatanya seperti sudah kering. Hatinya seperti dirobek.
!

“Aisyah jaga Daddy yer…”

Aisyah mengangguk dalam sedu-sedannya, “Abang jaga Mummy tau…”

Dan drama airmata itu berlarutan sehingga Hafiz dan Mummy masuk ke balai perlepasan.

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>> 

“Hafiz..!! Hafiz…!!” Riana menjerit. Kakinya penat mengejar agak jauh, sebelum Hafiz berhenti dan menoleh melihat Riana. Riana terkesima melihat Hafiz yang tampak lebih dewasa dalam persalinan putihnya. Hafiz melambaikan tangannya. “Hafiz nak ke mana..?” Hafiz tidak menghiraukan Riana dan terus berjalan. Riana mempercepatkan langkahnya. ”Hafiz..Hafiz..Hafiz…”

“Riana..sayang…” tangan sasa menggoncang bahunya lembutnya.

Riana membuka matanya. Zakwan disisinya tersenyum lega, “Alhamdulilah!”

“Emak, Ayah?” tanya Riana.

“Diaorang pergi solat asar. Nanti diaorang datang balik.”

“Air…”

Zakwan menuangkan air dan menyuakan gelas ke mulut Riana.

“Saya pergi panggil doktor sekejap ye…”

Riana mengganguk.

<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>> 

Dr. Syafi membuat pemeriksaan pada hari itu dan tersenyum puas.

“Alhamdulilah Riana, badan awak menerima hati baru awak dengan baik. Insya Allah, tak lama lagi awak boleh keluar.”

“Doktor, siapa yang dermakan hati untuk saya?”

Dr. Syafi mengerling Zakwan, “Saya rasa biar Zakwan jer yang bagi tau awak.”

Bila Dr. Syafi keluar, Zakwan segera sebelah Riana dan memegang tangannya.

“You have made me worried like hell, tahu tak?” katanya sambil mencuit hidung Riana.

Riana tersenyum. Kata Emak, Zakwan tidak pernah meninggalkannya sepanjang dia berada di hospital.

“Siapa yang derma hati untuk saya, awak?”

Muka Zakwan sedikit berubah. Dia mengambil surat yang disimpan di dalam beg pakaiannya dan diserahkan kepada Riana.

“Surat ni dari Hafiz. Dia yang dermakan hatinya untuk awak.”

Riana terlopong. Airmatanya tumpah tanpa dipaksa, pantas dia mengoyak sampul surat itu.

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>> 

Assalamualaikum Cikgu.

Ketika Cikgu membaca surat ini, saya sudah tiada di bumi Malaysia. Saya telah memulakan pengembaraan baru dalam hidup saya di dalam usaha mengejar cita-cita dan menebus kembali kasih-sayang ibu yang saya sangka telah hilang.

Maafkan saya Cikgu, atas keterlanjuran kata-kata saya tempoh hari. Saya tahu, saya tidak patut mengucapkannya. Salah untuk seorang murid mengucapkan kata-kata itu kepada gurunya sendiri. Tetapi Cikgu, jangan pernah bilang bahawa perasaan saya hanya ilusi. Saya tahu apa yang rasa dan saya yakin dengan perasaan saya.

Saya tahu saya tidak akan pernah memiliki cinta Cikgu, tetapi saya yakin cinta itu akan kekal selamanya di dalam diri saya, sebagaimana darah Cikgu akan terus mengalir di dalam badan saya. Dan bila Cikgu merasa ragu, hati saya yang bersatu dengan hati Cikgu akan segera mengingatkan bahawa perasaan saya adalah benar.

Perjalanan saya masih panjang. Saya pasti akan berjumpa dengan banyak lagi cinta. Tapi Cikgu, tiada satupun akan memberi kesan sebagaimana cinta pertama kan? Dan Cikgu adalah cinta pertama saya.

Saya doakan Cikgu segera sembuh dan kembali ceria seperti dulu. Saya pasti akan sentiasa rindukan lesung pipit itu.

Salam sayang,
HAFIZ


-------------- TAMAT ----------------

NOKTAH CINTA (PT.21)

KASIHNYA TIADA SYARAT

Hafiz membuka matanya perlahan. Semuanya kelihatan putih. Aku di mana? Cikgu… Cikgu Riana mana? Apa yang aku dah buat…? Hafiz cuba mengingati semua.

“Sayang…” lembut suara itu di telinga, tetapi bukan suara Riana. Tangannya terasa hangat digenggam tangan yang halus lembut. Hafiz memandang ke arah suara itu.

“Syukurlah Hafiz dah sedar….Ini Mummy sayang, Hafiz ingat Mummy kan??” Airmata Mummy bercucuran. Sudah dua hari dia di tepi katil itu menemani Hafiz. Sekelip pun dia tidak mahu melepaskan Hafiz dari pandangannya.

“Mummy…” lemah suara Hafiz, titis jernih mengalir perlahan membasahi pipinya.

“Mummy…” ulangnya lagi, seolah-olah nama itu bisa merawat kerinduannya selama ini.

Mummy segera memeluk Hafiz erat, “Maafkan Mummy sayang, maafkan Mummy….”

Dan kedua beranak itu terus menangis sambil berpelukan.

Daddy dan Aisyah yang memerhatikan dari pintu kaca di luar juga tidak dapat menahan tangis mereka.

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>> 

Dua belas jam setelah sedar dari pembedahan, wajah Hafiz mula merona kembali. Kawan-kawan baiknya datang melawatnya petang itu. Mereka berbual-bual kosong. Hafiz hairan kerana tiada seorangpun bercerita tentang Riana kepadanya. Adakah pengakuan cintanya membuat Riana benci padanya?

“Cikgu Riana tak datang ke?”

Akim dan Aril saling berpandangan sebelum memandang Aisyah, Mummy dan Daddy yang berdiri berdekatan, meminta bantuan.

“Ehem..Cikgu Riana datang masa Hafiz belum sedar,” jawab Daddy.

“Cikgu Riana dah tahu Hafiz dah sedar?”

Sebelum Daddy menjawab lagi, Mummy segera menahan dan menggelengkan kepala, “Jangan berbohong lagi…cukuplah! Hafiz perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku.”

Hafiz terpinga-pinga. Hatinya berdebar-debar. “Kenapa dengan Cikgu Riana?”

<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>> 

Di sebalik cermin kaca itu, air mata Hafiz berguguran. Hatinya remuk melihat wanita yang dicintainya itu terbaring di katil putih, tidak sedarkan diri, dengan wayar berselirat di tubuhnya.

Hafiz ingin masuk, tetapi apabila melihat lelaki muda itu di sisi Riana, dia membatalkan niatnya.

Mummy yang tidak pernah berenggang dengan Hafiz sepanjang Hafiz dirawat, memeluk bahu Hafiz yang terhenjut-henjut. Tanpa diberitahu, dia faham gelora apa yang mengganggu jiwa anak bujangnya itu.

“Kalau Hafiz tak nak masuk, jom kita balik ke bilik ye… Hafiz pun bukannya kuat lagi untuk berdiri lama-lama,” lembut Mummy memujuk sambil memimpin Hafiz.

“Mummy, kita pergi jumpa Doktor yang rawat Cikgu.”

Mummy kehairanan tetapi permintaan Hafiz diturutinya.

<<<<<<<<<>>>>>>>> 

Dr. Haidar tidak bersetuju tetapi Dr. Syafi tetap dengan pendiriannya.

“Syafi, he’s only 19. Beside dia baru lepas operation.”

“We have studied all the consequences, right? He is young and from the record, beside the accident, his body is fit and healthy. God, Haidar, berapa lama lagi kita nak tunggu penderma yang sesuai. Riana cannot wait that long.”

Haidar terdiam, hatinya masih ragu, bimbang ada komplikasi lain kepada penderma.

<<<<<<<<<<>>>>>>> 

“Daddy tak setuju!! Ini bukan perkara main-main Hafiz. Derma darah dengan derma hati tak sama tahu? And look at you, nak berdiripun kena dibantu. What the hell are thinking?” Daddy bersuara tegas.

“Apa Cikgu Riana beri pada Hafiz lebih dari hanya darah Daddy. Cikgu Riana bagi Hafiz nyawa dia….”

Daddy menahan airmata, “Tidak!! Daddy tetap tak setuju.”

Hafiz memandang Mummynya yang membisu dari tadi. Mummy dan Aisyah tidak berhenti menangis sejak Hafiz menandatangani persetujuan untuk mendermakan hatinya kepada Cikgu Riana.

“Mummy faham kan…..? Mummy tahu kan kenapa Hafiz perlu lakukan semua ni? Mummy faham kan…bila kita perlu berkorban untuk orang yang kita sayang? Mummy….??” Hafiz merayu.

Mummy memeluk Hafiz erat dengan tangisan yang makin kuat, “Ya sayang…Mummy faham..” Aisyah yang sedari tadi hanya memerhatikan turut memeluk Abang dan Mummynya sambil menangis tersedu-sedu.

Daddy terduduk ke lantai dan menangis semahu-mahunya.

<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>> 

Esok pagi pembedahan akan dijalankan. Hafiz sudah mula berpuasa malam itu. Daddy, Mummy, Aisyah, Akim dan Aril semuanya berkampung di hospital. Seusai solat magrib, mereka sama-sama membaca yasin memohon kemudahan dan kejayaan pembedahan yang akan dijalankan esok.

Tiada langsung riak takut atau bimbang di wajah Hafiz. Sesungguhnya dia sangat bersedia untuk menghadapi hari esok.

“Korang, janganlah buat muka monyok tu..” kata Hafiz kepada kawan-kawan akrabnya.
Akim dan Aril tersenyum kelat.

“Koranglah kawan-kawan baik aku dunia akhirat. Aku minta maaf kalau selama kita berkawan, aku selalu sakitkan hati korang. Apa yang terambil, termakan, terpakai, korang tolong halalkan yer…”

Mata kedua-dua sahabat itu mula berkaca, tak mampu mereka membalas kata-kata Hafiz.

“Akim, kau kena jaga Aisyah tau. Dia tu asyik menangis jer… Sejak kau ada ni, pujukan aku dah tak jalan dah. Kalau aku tahu kau sakitkan hati Aisyah, siap kau. Kalau aku matipun, aku akan jadi hantu buru engkau,” Hafiz berlawak.

“Hafiz, kau jangan cakap yang bukan-bukan boleh tak?” marah Akim. Dadanya terasa berat menahan sebak.

Hafiz ketawa kecil, “Sejak bila korang tak pandai bergurau ni?”

“Assalamualaikum,” suara lelaki mengganggu perbualan tiga sahabat itu.

Hafiz mengenali lelaki itu. Lelaki yang sama berada di sisi katil Riana. Lelaki yang sama juga ditemuinya di rumah Riana. Di belakang lelaki itu, ada pasangan yang lebih berusia.
Segera salam itu dijawab.

“Maaflah mengganggu. Nama saya Zakwan..errr..tunang Riana. Ini Emak dan Ayah Riana,” tenang Zakwan memperkenalkan diri. Hafiz tersenyum menyambut huluran tangan Zakwan dan ibubapa Riana dan memperkenalkan ahli keluarga dan kawan-kawannya.

“Terima kasih nak, makcik tak tahu macam mana nak balas budi Hafiz,” kata emak Riana dengan air mata yang berlinangan.

“Makcik, jangan lah macam tu. Hafiz tak mintak apa-apa. Yang penting Cikgu sembuh.”

Agak lama juga Zakwan dan ibubapa Riana di bilik Hafiz sebelum meminta diri
.
“Forever, I will be indebted to you, young man,” kata Zakwan.

“Abang, jaga cikgu saya baik-baik ya…”


Zakwan memandang mata Hafiz yang berkaca. Dia mengangguk dan membalas, “Insya Allah, sebaik awak menjaga dia.”

NOKTAH CINTA (PT. 20)

BERGANTI NYAWA

Riana masih belum berhenti menangis sejak tadi. Sudah puas Zakwan memujuknya.

“Awak….ini semua salah saya! Salah saya!”

Seorang doktor muda tiba-tiba keluar, “Boleh saya berjumpa ahli keluarga Mohd. Hafiz?”

“Keluarga dia belum sampai, tapi..saya… saya Cikgu Hafiz, Doktor boleh bagitahu saya,” Riana berkata cemas.

“Hospital kami kekurangan darah sebab semalam ada kemalangan besar. Bekalan darah baru sepatutnya sampai pagi tadi, tapi sampai sekarang masih belum tiba.”

“Ambik darah saya Doktor… Darah saya jenis O+. Banyak manapun Doktor ambik lah, tapi tolong..tolong selamat Hafiz”

“Riana...” Zakwan membantah. Riana tidak mengendahkan Zakwan.

“Kalau macam tu, Cik Riana boleh ikut saya. Kami tak perlukan banyak pun…”

<<<<<<>>>>>>>>> 

Zakwan menemani Riana di bilik rawatan. Riana tetap berdegil mendermakan darahnya walaupun dihalang oleh Zakwan.

“Riana, awak kan sakit.”

“Awak, saya akan mati kalau apa-apa berlaku pada Hafiz,” ugut Riana.

Mahu sahaja Zakwan mengganti tempat Riana tetapi jenis darahnya tidak sesuai. Zakwan menggenggam tangan Riana sambil memerhatikan darah yang keluar setitis demi setitis dari tubuh wanita yang telah lama dicintainya itu, “Ada apa antara Riana dan Hafiz?” Hatinya mula berwasangka.

Seorang jururawat masuk dan memeriksa jumlah darah yang dikumpulkan. Perlahan di menarik jarum yang dicucuk di lengan Riana dan menahan darah yang bersisa dengan kapas.

“Cik Riana baring dulu ye, jangan terus bangun. Nanti dah rasa ok, baru bangun.”

“Nurse, macam mana Hafiz?”

“Insya Allah, kami akan lakukan yang terbaik.”

Riana masih merasa cemas. Dadanya berdegup kencang. Kepalanya terasa pening. Dia memejamkan mata sambil berdoa, “Ya Allah...tolong…tolong selamatkan Hafiz. Jika nyawaku menjadi galang gantinya, aku rela Ya Allah…!!”

<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>> 

Zakwan memapah badan Riana yang lemah keluar dari bilik rawatan. Puas Zakwan menasihatinya untuk terus berbaring tetapi Riana bertegas ingin keluar untuk berjumpa keluarga Hafiz.

Dari jauh apabila melihat susuk Riana, Aisyah dan Daddy yang sedari tadi sibuk mencari informasi tentang Hafiz segera berkejar ke arah Riana. Akim, Aril dan Erin ikut sama. Semuanya berwajah muram dan cemas.

Aisyah mula menangis kembali, setelah reda sekejap tadi, apabila melihat Riana.

“Cikgu, macam mana Abang, Cikgu??” tanya Aisyah sambil mengoncang-goncang bahu Riana.

Zakwan menyabarkan Aisyah. Dia tahu Riana sangat lemah sekarang dan tidak mampu bercakap.

“Hafiz masih di operation room. Tadi darah tak cukup, tapi Riana dah dermakan darahnya. Doktor kata, kecederaan Hafiz memang serius tapi Insya Allah tak fatal. Kita tunggu lah kejap lagi.”

Daddy menarik nafas lega, “Terima kasihlah Cikgu. Maaflah kami sampai lambat hingga menyusahkan Cikgu…Cikgu!…Cikgu!….”

Riana sudah menggelongsor dari pelukan Zakwan dan terjelepuk di lantai.

Serentak anak-anak muridnya menjerit, “Cikguuuuu….!!”

<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>> 

“Sudah lama dia menghadapi komplikasi hati Doktor…tapi sejak kebelakangan ni, katanya, condition dia dah makin baik,” Zakwan memberitahu Doktor Haidar, yang merawat Riana.

“Patutlah matanya kuning. Kenapa awak tak bagi tahu sebelum dia derma darah tadi?” Marah Doktor Haidar.

Zakwan menunduk, hatinya membengkak penuh kesal.

“Saya perlukan rekod rawatan Riana. Awak tahu siapa doktor yang merawat Riana?”

Zakwan menggeleng. Doktor Haidar mengeluh, “Nampaknya, kita kena tunggu ibubapa Riana.”

<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>> 

Dr. Syafi dan Dr. Haidar memeriksa keadaan Riana.

“Kita perlukan penderma dengan segera. Sebenarnya kami dah lama mencari tapi tiada yang sesuai. You know lah, Malaysian, tak ramai yang tampil kalau bab-bab nak dermakan organ ni,” beritahu Dr. Syafi kepada Dr. Haidar tanpa diminta.


“Well, kita tak boleh putus asa. I believe she’s a fighter. Dia akan mampu bertahan.”