MERISIK BAHAGIA
Sudah tiga hari Riana
berada di kampung. Di saat-saat akhir, Riana terpaksa memohon dikecualikan dari
menjaga peperiksaan tahun ini kerana Emak beriya-iya menyuruh dia pulang ke
kampung.
“Apa kata Doktor, Riana?”
tanya Emak semasa mereka sama-sama duduk di serambi rumah sambil minum petang.
“Macam tu lah jugak,” jawab Riana pendek.
“Tak ada cara lain?”
Riana menggeleng.
“Alah Mak…jangan risau lah, teknologi kan dah
makin maju sekarang ni. Treatment yang lepas tu macam sesuai jer dengan Riana. Insya
Allah ada cara nak sembuhkan sakit Riana ni. Dan Riana tahu Tuhan akan bagi
Riana hidup banyak tahun lagi untuk jaga Mak ngan Ayah,” Riana cuba menceriakan
Emak.
“Ayah takut kitaorang
yang tak hidup lama untuk jaga kamu Riana,” sampuk Ayah, tiba-tiba muncul entah
dari mana.
“Awak dah bagitau Riana?”
tanya Ayah pada Emak.
Emak menggelengkan
kepala. Tiba-tiba dada Riana berdebar, “Bagitau apa Mak, Ayah?”
Perlahan Emak menarik
nafasnya, “Riana masih ingat Zakwan?”
Riana tersenyum
menampakkan lesung pipit manisnya, “Mesti lah ingat Mak, kenapa? Dia dah nak
kahwin e?”
Otaknya segera mengingati
wajah lelaki berkulit cerah bernama Amir Zakwan yang sangat dibencinya semasa
kecil hingga remaja, kawan sepermainannya yang juga sepupu Idham. Zakwan sangat
suka mengusiknya. Kadang-kadang usikannya sangat melampau sehingga menyebabkan
Riana menangis. Masa itu, Idham lah yang selalu memujuknya. Zakwan dan Idham
memang berbeza. Idham lemah lembut penuh kasih sayang, Zakwan sangat kasar,
cakapnya pun tak pernah bertapis. Sejak mereka menginjak dewasa, Riana sudah
jarang bertemu Zakwan. Kalau berjumpapun, mesti tak tahu nak cakap apa.
“Pak Uteh dengan Mak Uteh
ada datang dua minggu lepas, merisik Riana untuk Zakwan.”
Senyuman di wajah Riana
terhenti. Amir Zakwan merisik aku? Uhh?? Seingat aku, dulu, dia dah ada
girlfriend. Bising Mak Uteh bercerita tentang teman wanita Zakwan semasa
bertandang ke rumah Emak waktu tu. Tapi itu, tiga tahu dulu…
“Riana fikirlah
baik-baik. Ayah dengan Mak tak paksa tapi kami risau sampai bila Riana nak
hidup seorang. Dah tiba masanya Riana bahagia macam orang lain. Lagipun Pak
Uteh itu adik Ayah, sekurang-kurangnya bila Ayah dengan Mak tak ada, kami tahu
kami dah serahkan Riana pada orang yang kami boleh harap untuk jaga Riana,”
panjang Ayah berhujah.
Riana mengeluh perlahan,
“Riana boleh jaga diri sendiri lah, Ayah. Lagipun Riana tak bersedia lagi.”
“Sampai bila-bilapun kamu
tak kan pernah bersedia Riana. Ayah tahu sangat apa yang kamu fikirkan. Idham
dah ada dua anak dah. Tak payah lah kamu harapkan dia lagi,” nasihat Ayah.
“Mana ada Riana tunggu
Abang Idham!” sedikit meninggi suara Riana. Bingkas dia bangun, berlari ke
biliknya. Airmatanya mengalir laju.
<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>
Riana mengunci dirinya di dalam bilik. Puas Emak cuba memujuk tapi tidak
diendahkannya. Kata-kata Ayah betul-betul menghiris hatinya. Bertahun-tahun
Riana menyulam kasih, bukan mudah untuk dilupakan sekelip mata. Tapi Riana tak
pernah harapkan Abang Idham lagi. Riana tak harapkan sesiapapun. Riana terus
menangis.
Sebenarnya sudah lama Riana tidak memikirkan Idham. Kalaupun Riana
teringat, ingatan itu tidak lagi menyakitkan hatinya. Ya…sudah lama wajah Idham
tidak lagi mengganggu emosinya. Sejak dia berpindah ke Temenggung Aziz. Sejak
Hafiz datang dalam hidupnya. Gelak tawa, senyuman manis, lirikan nakal anak itu
yang menghiasi hari-harinya hingga bayangan Idham sudah tidak lagi membawa
makna. Hafiz yang suka mengusiknya. Hafiz yang sentiasa cuba menyenangkan
hatinya.
“Apa sahaja untuk Cikgu,” ungkapan Hafiz itu tiba-tiba terngiang di
telinga Riana.
Bingkas Riana bangkit dari katil sambil mengelengkan kepalanya, cuba
mengusir ingatannya pada Hafiz. Dia mengadap meja soleknya dan melihat mukanya
di cermin. Matanya bengkak akibat menangis terlalu lama. Fikirannya menerawang
ke zaman remajanya.
“Kau tak rasa pelik ke bertunang dengan abang sendiri,” tanya Zakwan
yang mulutnya memang tak ada insuran seusai majlis pertunangannya.
Riana merenggus geram, “Abang angkat ok! And we love each other.”
“Ye lah, tapi kau membesar dengan dia, tiba-tiba nak jadi laki engkau
pulak.”
“Aku tak kesah, yang kau sibuk
kenapa?”
“Bukan sibuk…tapi kau tak sayang ke masa remaja kau ni, berjanji setia
hanya untuk satu cinta. Idham pun dah nak pergi oversea. Kau ingat dia tak kan
terpikat ke kat minah-minah saleh yang cun dan seksi kat sana.”
“Apahal kau dok meracun tunang aku ni,” Idham tiba-tiba muncul sambil
memeluk bahu Zakwan. “Kau jealous kan sebenarnya?”
Zakwan mencebik, “Uhh, tak nak aku budak hitam ni.”
Riana menjegilkan matanya, mentang-mentanglah kulit dia cerah, selamba
jer cakap orang hitam.
“Bukan hitam tapi sawo matang,” Idham membetulkan sambil ketawa dan
mengenyitkan matanya pada Riana. Zakwan hanya selamba, tidak tersenyum dan
tidak juga tertawa.
Riana kembali ke dunia nyatanya. Dia mengeluh perlahan dan bangun dari
kerusinya. Dia terus ke bilik air dan mengambil wuduk. Tak lama selepas itu,
dia bersimpuh di sejadahnya seusai solat istikharah, memohon petunjuk dari yang
Esa.
No comments:
Post a Comment