BERPISAH SEKETIKA
Hari itu adalah hari terakhir sesi persekolahan. Peperiksaan STPM akan
bermula tiga hari lagi.
“Cikgu doakan kamu semua dapat menjawab soalan dengan baik dan lulus
dengan cemerlang. Jangan nervous. Bila nak jawab soalan tu, tenangkan diri,
baca soalan betul-betul, pilih soalan yang kamu betul yakin boleh jawab,”
panjang Cikgu Riana memberi nasihat.
“Cikgu jaga periksa kat sekolah mana Cikgu?” soal Erin.
“Tahun ni Cikgu tak jaga periksa, ada hal, terpaksa mintak excuse.”
“Habis, lepas ni kita tak jumpa lagi lah Cikgu?” giliran Yazid pula
bertanya.
Riana tersengeh, “Mmm…Insya Allah kita jumpa lagi. Jika tiada aral,
hari terakhir awak periksa, Cikgu datang sini dan belanja awak semua makan,
ok?”
“Yeay!!” Kelas 6 Atas Syafiee bersorak riang.
Bila kelas hari itu berakhir, seorang demi seorang pelajar 6 Atas
Syafiee bersalaman dengan Riana memohon maaf dan restu supaya ilmu mereka
diberkati dan dipermudahkan untuk menghadapi peperiksaan. Riana sebak tapi dia
menahan airmatanya dari mengalir, tapi bila Hafiz bersalam dan mencium
tangannya, titis jernih dari matanya tak dapat ditahan lagi.
<<<<<<<>>>>>>>>>
Hafiz mengetuk pintu bilik kaunseling seraya memberi salam.
“Boleh jumpa Cikgu kejap?”
Riana tersenyum mengangguk. Hafiz menarik kerusi di hadapan meja Riana
dan duduk.
“Kenapa ni? Nervous breakdown?” Riana mengusik.
“Ish Cikgu ni, mana ada nervous…bukannya first time masuk exam. Tadi tu
kat kelas, saya tak sempat nak cakap apa-apa dengan Cikgu”
“Hafiz nak cakap apa?”
“Saya sayang Cikgu,” jawab Hafiz di dalam hatinya, “Err…saya nak cakap
terima kasih sebab Cikgu sentiasa ada untuk saya. Apa yang Cikgu lakukan untuk
saya memang tak terbalas Cikgu.”
“Kamu boleh balas…”
“Huh? Macam mana?”
“Buat yang terbaik dan lulus dengan cemerlang. Itu jer.”
“Insya Allah Cikgu. Apa sahaja untuk Cikgu,” jawab Hafiz dalam nada
menggoda sambil matanya tersenyum nakal.
“Bukan untuk Cikgu, tapi untuk masa depan awak,” cebik Riana.
Hafiz ketawa, “Oklah Cikgu, saya balik ke kelas dulu.”
“Ok, ingat pesan Cikgu tau.”
Hafiz mengangguk dan bangun dari kerusinya. Seketika dia berdiri dan
teragak-agak sambil memandang Riana yang kembali meneliti laporan di atas
mejanya, “Cikgu…”
Riana mengangkat mukanya.
“I’m gonna miss you.”
Belum sempat Riana membalas, Hafiz terus melangkah keluar.
No comments:
Post a Comment