TANGANNYA
BERTEPUK SEBELAH?
Riana sedang bersiap-siap bila ada suara memberi salam dari depan rumah
sewanya. Dia menjenguk dari tingkat atas rumah. Hafiz tersengeh-sengeh di bawah
bersama basikal dan satu bungkusan besar.
Hari itu adalah hari terakhir peperiksaan. Riana sedang bersiap-siap
untuk berjumpa pelajar-pelajarnya seperti yang dijanjikan. Zakwan akan datang
mengambilnya di rumah. Selepas istikharah malam itu, hati Riana terbuka untuk
menerima pinangan Zakwan. Emak dan Ayah sangat gembira dengan keputusan Riana.
Akhirnya baru Riana tahu Zakwan telah lama menaruh hati padanya, tetapi
perasaannya dipendamkan kerana dia tahu dia tidak setanding Idham.
Walaupun begitu, Riana meminta tempoh masa untuk mengenali Zakwan
sebelum diijabkabulkan. Sebab itulah hari ini, dia meminta Zakwan menemaninya.
Dia ingin memperkenalkan Zakwan dengan anak-anak muridnya dan yang penting dia
ingin Zakwan mengenali Hafiz. Riana ingin Zakwan mengenali orang-orang yang
penting di dalam hidupnya.
Berkerut dahi Riana, “Kenapa Hafiz datang pulak, kan aku yang dah janji
nak ke sekolah jumpa dia di sana?” hatinya berdetik sendiri. Riana segera
berlari turun dan membuka pintu.
Senyumannya melebar.
“Hafiz…..”
“Cikgu… wahhh, cantiknya.”
Riana ketawa sambil mempelawa Hafiz duduk di kerusi besi yang
diletakkan di porch rumahnya.
“Kenapa Hafiz datang, Cikgu kan nak ke sana?”
“Nanti kat sana, ramai orang, saya mesti tak ada peluang nak bagitahu
Cikgu.”
Riana sedikit kehairanan, “Hafiz nak bagitahu apa?”
Hafiz tampak sedikit gugup, “Ni, saya buat untuk Cikgu,” sambil
menghulurkan bungkusan yang dibawanya.
“Apa ni?” wajah Riana penuh teruja, segera dia mengoyak bungkusan itu
dan matanya bersinar-sinar bila melihat isi bungkusan itu.
“Hafiz buat ni untuk Cikgu?” mengagumi apa yang ada dihadapannya – lukisan
tangan potret dirinya yang dibingkai cantik.
Hafiz mengganguk.
“Ya Allah Hafiz…cantiknya. Maksud Cikgu lukisan ni, cantik sangat.
Terima kasih. Ya Allah, Hafiz, Cikgu tak tahu nak cakap apa. Terima kasih
banyak-banyak,” ucap Riana dengan perasaan cukup terharu.
Hafiz tidak menjawab, hanya matanya merenung Riana.
“Kenapa pandang Cikgu macam tu?”
Hafiz tidak dapat menyembunyikan perasaan gugupnya, tetapi dia tahu dia
mesti memberitahu Riana perasaan hatinya.
“Cikgu, saya…saya sukakan Cikgu.”
“Hahhhh…??”
“Saya cintakan Cikgu!”
Hampir sahaja Riana terjatuh dari kerusinya kerana terperanjat
mendengar pengakuan Hafiz.
“Hafiz tahu tak apa yang Hafiz cakap ni?”
“Hafiz tahu Cikgu dan Hafiz tahu Cikgu pun merasa yang sama.”
Airmata mula bergenang di mata Riana. Sungguh dia tidak percaya apa
yang didengarinya. Riana menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tidak Hafiz, perasaan Hafiz tu tak benar. Itu hanya ilusi Hafiz. Hafiz
tak cintakan Cikgu. Hafiz cuma perlukan seseorang untuk Hafiz luahkan perasaan.
Tapi itu bukan cinta.”
Muka Hafiz bertukar merah.
“Cikgu bohong! Cikgu cakap Cikgu sayang Hafiz”
“Hafiz, Cikgu tak bohong… Memang Cikgu sayang Hafiz tapi bukan seperti
itu...”
Hafiz menggeleng-gelengkan kepalanya tidak percaya. Dia mula rasa ingin
menangis.
“Cikgu bohong…Cikgu malu nak mengaku kan??”
“Hafiz…”
Belum sempat Riana menghabiskan ayatnya, kereta Zakwan muncul di
hadapan pagar rumah. Serentak Riana dan Hafiz memandang Zakwan yang keluar dari
kereta dengan sejambak mawar ditangannya.
Hafiz memandang Riana. Matanya berkaca-kaca. Bingkas dia berlari mencapai
basikalnya dan mengayuh laju memintas Zakwan yang baru menuju ke arah mereka
berdua. Secepat itu juga Riana berlari mengejar Hafiz dan melupakan kehadiran
Zakwan.
“Hafizzz!!! Hafizzz!!”
Pandangan Hafiz berbalam-balam. Airmata mengaburi penglihatannya. Dia
terus mengayuh laju tanpa memandang sekeliling. Di hujung simpang, sebuah
kereta membelok laju. Bunyi hon yang nyaring dan dentuman yang kuat tiba-tiba
menggangu ketenangan petang itu.
Riana yang sedang mengejar Hafiz, terhenti, jantungnya berhenti…”HAFIZZZZZZZZZZZZ!!!”
No comments:
Post a Comment