BERGANTI NYAWA
Riana masih belum berhenti menangis sejak tadi. Sudah puas Zakwan
memujuknya.
“Awak….ini semua salah saya! Salah saya!”
Seorang doktor muda tiba-tiba keluar, “Boleh saya berjumpa ahli
keluarga Mohd. Hafiz?”
“Keluarga dia belum sampai, tapi..saya… saya Cikgu Hafiz, Doktor boleh
bagitahu saya,” Riana berkata cemas.
“Hospital kami kekurangan darah sebab semalam ada kemalangan besar.
Bekalan darah baru sepatutnya sampai pagi tadi, tapi sampai sekarang masih
belum tiba.”
“Ambik darah saya Doktor… Darah saya jenis O+. Banyak manapun Doktor
ambik lah, tapi tolong..tolong selamat Hafiz”
“Riana...” Zakwan membantah. Riana tidak mengendahkan Zakwan.
“Kalau macam tu, Cik Riana boleh ikut saya. Kami tak perlukan banyak
pun…”
<<<<<<>>>>>>>>>
Zakwan menemani Riana di bilik rawatan. Riana tetap berdegil
mendermakan darahnya walaupun dihalang oleh Zakwan.
“Riana, awak kan sakit.”
“Awak, saya akan mati kalau apa-apa berlaku pada Hafiz,” ugut Riana.
Mahu sahaja Zakwan mengganti tempat Riana tetapi jenis darahnya tidak
sesuai. Zakwan menggenggam tangan Riana sambil memerhatikan darah yang keluar
setitis demi setitis dari tubuh wanita yang telah lama dicintainya itu, “Ada
apa antara Riana dan Hafiz?” Hatinya mula berwasangka.
Seorang jururawat masuk dan memeriksa jumlah darah yang dikumpulkan.
Perlahan di menarik jarum yang dicucuk di lengan Riana dan menahan darah yang
bersisa dengan kapas.
“Cik Riana baring dulu ye, jangan terus bangun. Nanti dah rasa ok, baru
bangun.”
“Nurse, macam mana Hafiz?”
“Insya Allah, kami akan lakukan yang terbaik.”
Riana masih merasa cemas. Dadanya berdegup kencang. Kepalanya terasa
pening. Dia memejamkan mata sambil berdoa, “Ya Allah...tolong…tolong selamatkan
Hafiz. Jika nyawaku menjadi galang gantinya, aku rela Ya Allah…!!”
<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>
Zakwan memapah badan Riana yang lemah keluar dari bilik rawatan. Puas
Zakwan menasihatinya untuk terus berbaring tetapi Riana bertegas ingin keluar
untuk berjumpa keluarga Hafiz.
Dari jauh apabila melihat susuk Riana, Aisyah dan Daddy yang sedari
tadi sibuk mencari informasi tentang Hafiz segera berkejar ke arah Riana. Akim,
Aril dan Erin ikut sama. Semuanya berwajah muram dan cemas.
Aisyah mula menangis kembali, setelah reda sekejap tadi, apabila
melihat Riana.
“Cikgu, macam mana Abang, Cikgu??” tanya Aisyah sambil mengoncang-goncang
bahu Riana.
Zakwan menyabarkan Aisyah. Dia tahu Riana sangat lemah sekarang dan
tidak mampu bercakap.
“Hafiz masih di operation room. Tadi darah tak cukup, tapi Riana dah
dermakan darahnya. Doktor kata, kecederaan Hafiz memang serius tapi Insya Allah
tak fatal. Kita tunggu lah kejap lagi.”
Daddy menarik nafas lega, “Terima kasihlah Cikgu. Maaflah kami sampai
lambat hingga menyusahkan Cikgu…Cikgu!…Cikgu!….”
Riana sudah menggelongsor dari pelukan Zakwan dan terjelepuk di lantai.
Serentak anak-anak muridnya menjerit, “Cikguuuuu….!!”
<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>
“Sudah lama dia menghadapi komplikasi hati Doktor…tapi sejak
kebelakangan ni, katanya, condition dia dah makin baik,” Zakwan memberitahu
Doktor Haidar, yang merawat Riana.
“Patutlah matanya kuning. Kenapa awak tak bagi tahu sebelum dia derma
darah tadi?” Marah Doktor Haidar.
Zakwan menunduk, hatinya membengkak penuh kesal.
“Saya perlukan rekod rawatan Riana. Awak tahu siapa doktor yang merawat
Riana?”
Zakwan menggeleng. Doktor Haidar mengeluh, “Nampaknya, kita kena tunggu
ibubapa Riana.”
<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>
Dr. Syafi dan Dr. Haidar memeriksa keadaan Riana.
“Kita perlukan penderma dengan segera. Sebenarnya kami dah lama mencari
tapi tiada yang sesuai. You know lah, Malaysian, tak ramai yang tampil kalau
bab-bab nak dermakan organ ni,” beritahu Dr. Syafi kepada Dr. Haidar tanpa
diminta.
“Well, kita tak boleh putus asa. I believe she’s a fighter. Dia akan
mampu bertahan.”
No comments:
Post a Comment