Tuesday 3 September 2013

NOKTAH CINTA (PT. 10)



MENGUMPAN CINTA

Peperiksaan percubaan STPM tinggal dua minggu lagi. Perpustakaan mula menjadi tempat tumpuan utama pelajar-pelajar tingkatan 6 atas. Tetapi 3A lebih selesa berada di port biasa mereka – pokok rendang belakang sekolah.

“Aku rasa kita perlukan perempuan dalam study group kita ni,” cadang Hafiz tanpa diminta.

“Leceh ar ada pompuan…kecoh jer lebih,” balas Akim tidak bersetuju.

“Pompuan kecoh ke atau kau yang tak boleh tahan? Kau kan pantang jumpa perempuan,” Aril mengutuk temannya tanpa rasa bersalah.

“Aku memang ar pantang jumpa perempuan, tapi tengok lah jugak perempuan tu camner…kalau dah tua macam Riana tu, aku tak layan,” balas Akim selamba sambil tersengeh-sengeh memandang Hafiz.

“Tua lah banyak pengalaman dowh,” bidas Hafiz berlagak serius. Hampir tersedak Aril dan Akim mendengar jawapan Hafiz. Terus pecah berderai ketawa tiga sahabat baik itu.

Bila deraian ketawa mereka reda, Hafiz meneruskan cadangannya, “kalau ada perempuan, kita tak payah susah-susah nak buat nota kecik-kecik tu. Diaorangkan rajin. Kita tinggal fotostat jer.”

Akim menganggukkan kepalanya, “masuk akal jugak cadangan kau ni. Kau cadang kita ambik siapa?”

“Erin..” pantas Hafiz menjawab dengan matanya sekilas memandang Aril.

“Kalau Erin aku setuju, senang dibuli..hehehehe…kau ok tak Aril?”

“Dah 2 lawan 1, aku kena ikut jer lah,” jawab Aril seolah-olah tiada perasaan walaupun hatinya melonjak gembira. Dia memandang Hafiz dan riak matanya mengucapkan terima kasih. Hafiz tersenyum, gembira dapat membantu sahabatnya.

 <<<<<<<>>>>>>>>                                                                             

Muka Erin berseri-seri. Tawaran Aril untuk menyertai study group 3A diterima tanpa perlu berfikir dua kali. Yeay, bolehlah aku menghabiskan masa lebih lama dengan Hafiz, bisik hati Erin.

“Boleh ajak Zizi join sekali tak?”

“Mmmm…Aril rasa ok kot. Lagipun, kesian pulak Erin nanti sorang-sorang kena buli,” jawab Aril.

Erin menjelirkan lidah, sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, “Ha ah, no buli-buli. Nanti Erin doakan you all tak lulus. Doa orang teraniaya Tuhan kabulkan tau.”                                         

Aril ketawa. Cantiknya minah ni, desis hatinya.

“So, kita mula petang ni k. Lepas solat zohor, bawah pokok kitaorang.”

Hu uh, pokok kitaorang? Macam lah diaorang yang tanam pokok tu, komen Erin di dalam hati sambil bibirnya menguntum senyum bahagia.

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>> 

Suasana petang itu sangat redup. Dari tingkap bilik guru di tingkat atas bangunan, Riana asyik memerhatikan lima pelajarnya tekun berdiskusi di bawah pokok. Sesekali deraian ketawa menambahkan rancak perbincangan mereka. Perhatian Riana tertumpu pada wajah comel yang manis milik Hafiz. “Hai…tengok dari jauhpun masih nampak comel!” ungkapnya perlahan. Riana tergelak sendiri.  Kadang-kadang dia berasa pelik, bagaimana keletah anak muda 19 tahun itu boleh menyebabkan perasaannya tidak keruan.

“Oh, Riana…don’t dream!”

Riana kembali ke mejanya, cuba menyelesaikan buku laporannya. Baru dia ingin mencapai pen di hujung meja, tangannya tiba-tiba menggigil. “Ya Alah..!! Janganlah sakit lagi”

Berkali-kali Riana mengepal dan membuka tangannya. Selepas lebih 10 minit, gigilan tangannya mula berkurang. Riana menyeluk tas tangannya dan mencari botol ubat yang sentiasa dibawanya ke mana-mana. Tiga biji pil biru dikeluarkan. Riana mencapai botol air yang sedia terisi di atas meja dan tiga biji pil itu ditelan sekali gus.

Riana membuka icon appointment di telefon bimbitnya, “Ohhh…patutlah, aku dah miss check-up”.

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Ok. Kita sambung lagi bab ni esok. Lagipun Cikgu Riana dah janji nak bagi soalan spot untuk bab kenegaraan ni. So, esok boleh kita bincang sekali,” kata Aril menutup diskusi mereka pada hari itu.

Hafiz dan Akim menarik nafas lega. Kalau ikutkan Aril, macam nak diskusi sampai malam. “Mentang-mentang lah ada Erin, nak tunjuk terror lah tu,” Hafiz mengutuk rakannya di dalam hati.

“Ok geng, aku gerak dulu, mak aku dah tunggu kat kereta. Bye Erin, sorry tak leh temankan kau balik hari ni,” Zizi meminta diri.

“It’s ok, bye Zizi”.

“Errr..Hafiz boleh temankan Erin balik tak. Dah petang sangat ni, risau lah nak lalu depan warung Wak Askrul tu, ramai sangat mat-mat rempit lepak kat situ,” Erin mencuba nasib.

Kebetulan arah ke rumah Erin dan Hafiz sama.

“Alamak! tak boleh ar Erin, aku nak pegi…” ligat otaknya mencari helah,”ambik Aisyah kat pekan.”

“Aisyah buat apa kat pekan?” sampuk Akim tiba-tiba, jarang Aisyah tak memberitahunya kalau hendak ke pekan.

“Adalah, hal perempuan, yang kau sibuk kenapa?”

Akim mencebik, “hek eleh..tanya jer, bukannya luak pun”.

“Ohh..kalau macam tu tak apalah,” balas Erin sedikit kecewa. Tiba-tiba hatinya menjadi ragu, benarkah Hafiz pemuja misterinya?

“Tapi Aril boleh temankan…dia memang nak gi rumah aku, ambik lukisan dari Daddy” sambung Hafiz pantas.

“Aa…Ha ah…ya, Aril boleh temankan Erin,” tergagap Aril menjawab. Hafiz ni, nak buat plan, bukannya nak cakap, duhhh!!

Erin tidak mampu menolak.

No comments:

Post a Comment