Showing posts with label marriage. Show all posts
Showing posts with label marriage. Show all posts

Wednesday, 5 December 2012

ERTI TAAT


Di suatu petang nan indah..sepasang suami isteri sedang menikmati hidangan petang di taman tepi rumah sambil minum teh cap Lipton dan makan cekodok pisang emas dan melihat pemandangan bunga-bungaan tulip dan carnation yang ditanam di dalam pasu...bermula lah episod dialog laki bini...

Sang suami: Errmmm sedap jugak cekodok...sedap sedap..
Sang isteri: Ye lah, kan tugas dinda hanyalah untuk membahagiakan kanda
Sang suami: Pandai yer dinda ambik hati kanda
Sang isteri: (**senyum senyum manja umpama anak kucing... ) kanda, kanda...dinda nak bagitau sesuatu bleh tak?
Sang suami: Cakap ajer lah dinda
Sang isteri: Dinda teringin la nak beli baju peplum online, pastu dinda nak masuk kelas memasak anjuran Nanirostam, pastu dinda pun teringin nak ada akaun fesbuk..pastu pastu..
Sang suami: Hishh kanda tak suka la baju papadom tu, kanda tak kenai la Rosnani tu, fesbuk tu plak kan dah ada banyak kat rak buku tu..
Sang isteri: Tapi kan dinda keje kan, dinda ada duit sendiri..
Sang suami: Dinda dah perfect di mata kanda
Sang isteri: Yer lah kandaku, kanda lah raja hidupku..dinda cayang kanda moling moling..
Sang suami: Kanda pun cayang dinda moling moling..isteri kanda memang sungguh taat..



Wahai para suami..........
Adakah anda benar-benar memahami isi hati isteri anda?
Walau sebesar hama sekalipun keinginan isterimu, cuba fahaminya................... 

**Ini adalah artikel umum dari Miss Lastique yang tiada kena mengena dengan sesiapa waima Adam Mukhriz dan Ain Hawani sekalipun. Sekian.

AIRMATA SEORANG ISTERI

Salam semua..

Ini adalah entri serius dari Miss Lastique **muka tekun persis karyawan
Buat renungan para suami... kata-kata di bawah ni Miss Lastique dah lama tulis simpan dalam diary tapi memandangkan Miss Lastique dah jadi blogger, maka mari kita share ramai-ramai ..

Jika isterimu menangis di hadapanmu
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi
Jika kau memegang tangannya di saat itu
dia akan setia tinggal bersamamu
sepanjang hayatmu
Jika kau membiarkannya pergi
dia tidak akan kembali 
menjadi dirinya yang dulu selamanya
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah
kecuali di depan orang yang sangat 
dia sayangi dia akan menjadi lemah
Seorang isteri tidak akan menangis dengan ikhlas
kecuali hanya jika dia sangat menyayangimu
dia akan menurunkan egonya
maka para suami bimbinglah isterimu
tuntunlah hatinya...selami lah perasaan nuraninya..



Fuuuhhhh....  maka para suami, selepas membaca bait-bait di atas, adakah anda ingat bilakah kali terakhir isterimu menangis? Adakah selepas berlaku perkara-perkara seperti contoh-contoh berikut maka isterimu menangis..

1. tangannya terkena minyak panas tatkala menggoreng ikan rebus yang meletup-letup umpama mercun lipan; atau
2. ketika isterimu teringin nak makan nasik ayam kampung veladrom Cheras tetapi suami malas nak pegi sebab susah parking; atau
3. suami terlupa tarikh keramat seperti ulangtahun anak bersunat; atau
4. ketika isterimu tak sempat nak mengangkat kain bertimbun di ampaian tetapi hujan dah turun; atau
5. rambut isterimu rosak kerana tersalah perm **angan di hati nak jadi Neelopa tapi hasilnya Hantu Kak Limah; atau
6. ketika isterimu berhempas-pulas kacau dodol untuk juadah raya tapi makmentuanya telah memberi dodol itu kepada anak jiran sebelah umah..

Dan sebagainya lagi la contoh..penat otak aku nak pikir haihh..
Namun, walau apa pun sebab musabab yang menyebabkan airmata seorang isteri itu gugur, ubat yang paling mujarab hanyalah sentuhan semangat dari suaminya..