Tuesday 3 September 2013

NOKTAH CINTA (PT. 11)



DERITA MERINDU

Aril membelek album lama di rumahnya. Diapun tidak pasti apa yang dicarinya, tapi dia yakin pernah lihat wajah itu sebelum ini. Tapi di mana..?

“Haa ni dia”. Segera dia membandingkan gambar di dalam album itu dengan gambar yang dijumpai dalam buku Erin yang dipinjamnya dalam perjalanan pulang tadi. Persis sekali.

Kenangan petang tadi kembali ke ruang fikirannya. Banyak yang dibualkan dengan Erin dalam perjalanan menghantar gadis cantik itu pulang ke banglo besar milik Tan Sri Hashim Azmi.

“Kenapa driver tak datang jemput?” tanya Aril membuka perbualan.

“Dah seminggu Pakcik Baha bercuti. Ada hal keluarga. Kenapa? Erin menyusahkan Aril ke? Sorry lah..” 

“Ehhh…bukan macam tu. Aril tak kesahlah. Lagipun Aril memang suka Erin…….” sengaja ayatnya dibiarkan tergantung.

“Hah?” terlopong mulut Erin sedikit terperanjat. Wajahnya segera merona.

“Aril memang suka Erin susahkan Aril,” jawab Aril sambil ketawa cuba menutup rahsia sebenarnya hatinya.
Erin ikut ketawa. Aril memang selalu menyenangkan.

“Bukan Erin ada kakak ke? Tak pernah nampak pun. Dia tak duduk sini e?” tanya Aril cuba mengenali Erin lebih dekat.

Tiba-tiba wajah manis itu bertukar mendung. Aril serba salah.

“Sorry, Aril salah cakap yer?”

Erin menggelengkan kepalanya. Entah kenapa, mulutnya tiba-tiba laju bercerita tentang Kak Isma, kakak kesayangannya kepada Aril. Aril terdiam, hatinya berkeluh penuh simpati. Tak sangka gadis manis yang disangkakan mempunyai segala-galanya juga mempunyai kisah sedih dalam hidupnya.

“Aril buat apa tu?” terjahan Ummi membuat Aril terperanjat.

“Hah..tak ada apa. Saja jer Aril tengok album lama ni.” 

Ummi tersenyum, perasan ada sesuatu yang tak kena dalam nada suara itu. Segera dia mengambil tempatnya di sebelah Aril. Perlahan tangannya menggosok kepala anak kesayangannya itu, “Ada apa ni?”

Aril menarik nafasnya. Dia selalu kalah dengan pujukan Ummi dan betul kata Hafiz, apapun yang difikirkannya mesti terpamer di wajahnya. Tak boleh nak tipu langsung, duhh! Gambar milik Erin dihulurkan kepada Umminya. “Kak Isma… kakak Erin.”

Tiada riak terperanjat di wajah Ummi, tenang Ummi berbicara, “Ummi tahu sayang. Sebab itu Ummi tak sokong apa yang Aril rasa pada Erin. Bukan Ummi membantah tapi Ummi tak nak perasaan Aril akan menyusahkan Erin. Sama seperti apa yang berlaku pada Isma. Keluarga kita tak setanding keluarga mereka, Aril”

<<<<<<>>>>>>>>> 

Malam itu hujan lebat. Ketukan di pintu berbunyi bertalu-talu. Terkocoh-kocoh Ummi mengejutkan Aril dari tidur. Bimbang ada sesuatu yang tidak elok di luar. Berhati-hati, Aril membuka pintu rumahnya. Di depan pintu tercacak Abang Zul dan seorang perempuan cantik. Kedua-duanya kuyup ditimpa hujan.

“Ya Allah Zul, apa kena kamu ni. Cepat masuk, bawak kawan kamu tu,” berkerut muka Ummi menahan risau.

Ummi membawa Isma ke biliknya dan Zul menumpang di bilik Aril.

“Siapa tu bang?” tanya Aril yang tidak dapat menahan rasa ingin tahunya.

“Itu Kak Isma, isteri abang.”

“Hah? Bila abang kawin? Tak jemput kitaorang pun.”

“Nantilah abang cerita. Abang perlu berbincang dengan Ummi.”

Abang Zul adalah anak Mak Usu Khatijah, adik bongsu arwah Abi. Keluarga Abang Zul tinggal di Pendang, Kedah. Bila Abang Zul menyambung pelajarannya di UKM, banyak waktu cutinya dihabiskan di rumah Aril, kerana itu hubungan Abang Zul dengan Ummi dan Aril rapat.

“Zul, mari minum,” jemput Ummi dari luar bilik.

Zul dan Aril segera keluar ke ruang tamu. Aril nampak mata Kak Isma merah.

“Aril, pergi masuk tidur, ini hal orang dewasa,” perintah Ummi.

“Ummi…….” Aril ingin membantah tetapi bila melihat Ummi menjegilkan matanya, segera dia kembali ke biliknya.

<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>> 

Ummi mula membuka cerita tentang Zul dan Isma.

Hubungan Zul dan Isma ditentang hebat oleh papa Isma. Bagi Tan Sri Hashim, anak petani seperti Abang Zul tak layak untuk membahagiakan anaknya. Apatah lagi pada masa itu, Abang Zul masih lagi di tahun akhir pengajiannya, apalah yang dia ada untuk memberi makan anak dara orang. 

Sebenarnya Isma akan ditunangkan dengan Dato’ Farid Ridzuan, duda pertengahan usia yang baru kematian isteri. Kerana tidak mahu ditunangkan, Isma lari bersama Zul dan berkahwin di sempadan Siam. Bila dah berkahwin, Isma dan Zul balik semula ke sini untuk meminta restu keluarganya. Malangnya mereka dihalau dan Isma terus dibuang keluarga.

“Ingatkan orang dulu-dulu je pentingkan darjat,” keluh Aril.

Umminya tersenyum sambil merangkul bahu Aril, “Dulu dan sekarang tiada bezanya sayang. Yang berbeza hanya cara kita melihatnya. Zul dan Isma percaya pada cinta mereka dan Alhamdulilah, mereka bahagia. Tapi kerana mengejar cinta, Isma terpaksa korbankan keluarga yang menyayanginya. Aril rasa Kak Isma 100% bahagia?”

Perlahan Aril menggeleng.

“Perasaan yang ada dalam hati Aril tu sangat indah. Ummi tahu. Ummipun pernah merasainya dan Ummi masih merasainya walaupun Abi dah tak ada, kerana Ummi ada Aril, hadiah yang tak ternilai dari cinta Ummi dan Abi. Ya, cinta itu sangat indah sayang. Tapi dalam mengejar cinta kenapa harus ada orang yang terluka? Bukankah cinta itu sepatutnya membahagiakan semua orang?”

Aril diam. Dadanya sebak. Aril memandang Ummi, faham apa maksud tersirat yang cuba Ummi sampaikan. Segera tangan Ummi digapai dan dicium lembut, “Aril akan jadi lelaki yang budiman Ummi, sepertimana yang Abi pesan.”

Ummi tersenyum. Matanya berkaca. Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan anak yang soleh ini kepadaku.

<<<<<<<<<>>>>>>>>> 

Di biliknya Aril kembali berfikir. Dia tahu dia perlu lakukan sesuatu untuk Erin. 

No comments:

Post a Comment