Tuesday 3 September 2013

NOKTAH CINTA (PT. 9)



CINTA RAHSIA

Aisyah sibuk di dapur rumah yang sudah lama tidak berasap.

“Pandai ke adik Abang masak ni..?? Macam tak boleh caya jer. Patutnya Abang sediakan fire extinguisher siap-siapkan? Kut-kut berlaku kebakaran hebat kat dapur ni,” galak Hafiz mengusik adiknya.

Aisyah hanya mencebik, “Sabarlah…dah masak nanti, menangis Abang sebab sedap giler Aisyah masak.”

“Menangis sebab sedap ke atau menangis sebab keracunan…” ketawa Hafiz nakal.

“Ok…Abang jangan makan apa yang Aisyah masak ni…” ugut Aisyah geram.

“Alalalalala………….” pujuk Hafiz. Suka hatinya melihat muka Aisyah merajuk comel.

Aisyah mencebik lagi, “dah….pergi duk depan sana, kacau jer!” 

Hafiz berlalu ke ruang tamu dengan ketawanya yang tidak berkurangan.

Diletakkan sedikit kuah spaghetti bolognise di hujung lidahnya, Aisyah tersenyum, “mmmm…perfecto!”
“Abang!! Panggil Daddy, lunch is ready!” jerit Aisyah dari ruang dapur.

<<<<<<>>>>>>>> 

Lahap Hafiz dan Daddy makan. Sudah lama mereka berdua tidak merasa masakan rumah.

“Wahhh…tak sangka anak perempuan Daddy ni pandai masak”

Aisyah tersenyum bangga, “Mummy ajar.”

Muka Hafiz dan Daddy sedikit berubah bila nama Mummy disebut tapi Aisyah tak mempedulikannya. Walaupun Hafiz selalu merungut mengenai Mummy, Aisyah tahu Mummy tidak seteruk seperti apa yang difikirkan oleh Abang atau Daddynya.

Selesai makan, Hafiz membantu Aisyah mengemas meja dan membasuh pinggan-mangkuk di dapur.
“Abang, Akim tu macam mana?” tanya Aisyah tiba-tiba.

“Macam mana apa? Macam tu lah, kenapa?” jawab Hafiz acuh tak acuh.

Otak Aisyah ligat mencari ayat seterusnya, “Takde lah, Aisyah tanya jer, dia kan kawan baik abang.”

“Memang lah di kawan baik Abang tapi tak semestinya dia boleh tackle adik Abang.Over my dead body ok!”

“Bila masa pulak, Akim nak tackle Aisyah…Abang ni mengarut jer!”

“Hmmm………..whatever!” ujar Hafiz tidak berminat.

<<<<>>>>> 

Aisyah menutup laptopnya sambil mengeluh perlahan. Dia baru sahaja selesai berchatting dengan Akim di YM. Bagaimana dia hendak memberitahu Hafiz tentang hubungannya  dengan Akim yang baru berputik? Hafiz sangat “protective” tentang Aisyah dan bukan mudah untuk dia mempercayai Akim yang terkenal dengan gelaran “Kasanova” itu. Aisyah memejamkan matanya, mencuba untuk melupakan seketika berat fikirannya.

Sebelum bertemu di Temenggung Aziz, Akim dan Aisyah sebenarnya telah lama bertemu di MySpace Music. Akim yang aktif mencipta lagu telah menjadikan laman MySpace untuk dia mendengarkan bakatnya kepada umum. Aisyah adalah pengunjung setia MySpace Music Akim yang menggunakan nama pena, “Budak Kentang”. 

Mereka selalu berhubung dan bertukar cerita tapi baru kini bertemu muka. Puncanya, bila Aisyah bercerita mengenai lagu baru “Budak Kentang” – Inilah Cinta yang baru dimuat turun dari laman sembang itu. Akhirnya identiti masing-masing terbongkar. 

Sejak itu hubungan mereka menjadi lebih rancak, walaupun mereka hanya berhubung melalui MySpace ataupun YM. Aisyah dan Akim mempunyai minat yang sama – Muzik, jadi mereka tidak pernah hilang modal untuk berborak. Aisyah senang dengan Akim yang kelakar dan suka berterus-terang. Apapun yang dirasainya akan segera diluahkan. 

“Aisyah tahu Akim ni digelar kasanova?” tanya Akim semasa mereka bertemu di perpustakaan sekolah – tempat pertemuaan rahsia mereka a.k.a satu-satunya tempat yang tak menimbulkan syak oleh Hafiz.

“Tahu…” jawab Aisyah selamba.

“Aisyah tak kesah?”

“Aisyah kena kesah ke?” tanya Aisyah kembali sambil membulatkan matanya.

“Mestilah. Aisyah kan girlfriend Akim.”

“Eh, sejak bila pulak Aisyah jadi girlfriend Akim?” 

“Sejak tadi….” jawab Akim sambil mengeyitkan matanya.

Aisyah ketawa sambil menutup mulutnya, bimbang mengganggu pelajar-pelajar lain.

“Aisyah suka Akim?” Akim terus menduga.

“Tak…..”

“Oh..tak..yer. Oklah Akim balik sekarang!” kata Akim sedikit mengugut dan bangun dari tempat duduknya.

“Hei…” segera Aisyah menahan, tangan Akim dipegang.

Akim duduk semula, “jadi Aisyah suka?” Tangan Aisyah tidak dilepaskan.

Muka Aisyah merah. Dia menundukkan mukanya sambil tersenyum dan mengangguk perlahan. Akim mengangkat dagu Aisyah dengan hujung jarinya, dia ingin melihat wajah manis itu tersenyum untuknya. Akim membalas senyuman Aisyah. Matanya bersinar bahagia.

Sejak hari itu, hubungan cinta mereka menjadi rasmi. 

Akim tidak menyembunyikan watak sebenarnya. Akim berterus-terang tentang cinta pertamanya, tentang gadis-gadis yang pernah dioratnya.

“Akim mungkin nakal, mungkin kasanova, tapi Akim tak pernah suka-suka mengucapkan cinta. Aisyah bukan cinta pertama Akim tapi Akim berdoa pada Tuhan, biarlah Aisyah cinta terakhir Akim.”

No comments:

Post a Comment