Wednesday 5 December 2012

AIRMATA SEORANG ISTERI

Salam semua..

Ini adalah entri serius dari Miss Lastique **muka tekun persis karyawan
Buat renungan para suami... kata-kata di bawah ni Miss Lastique dah lama tulis simpan dalam diary tapi memandangkan Miss Lastique dah jadi blogger, maka mari kita share ramai-ramai ..

Jika isterimu menangis di hadapanmu
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi
Jika kau memegang tangannya di saat itu
dia akan setia tinggal bersamamu
sepanjang hayatmu
Jika kau membiarkannya pergi
dia tidak akan kembali 
menjadi dirinya yang dulu selamanya
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah
kecuali di depan orang yang sangat 
dia sayangi dia akan menjadi lemah
Seorang isteri tidak akan menangis dengan ikhlas
kecuali hanya jika dia sangat menyayangimu
dia akan menurunkan egonya
maka para suami bimbinglah isterimu
tuntunlah hatinya...selami lah perasaan nuraninya..



Fuuuhhhh....  maka para suami, selepas membaca bait-bait di atas, adakah anda ingat bilakah kali terakhir isterimu menangis? Adakah selepas berlaku perkara-perkara seperti contoh-contoh berikut maka isterimu menangis..

1. tangannya terkena minyak panas tatkala menggoreng ikan rebus yang meletup-letup umpama mercun lipan; atau
2. ketika isterimu teringin nak makan nasik ayam kampung veladrom Cheras tetapi suami malas nak pegi sebab susah parking; atau
3. suami terlupa tarikh keramat seperti ulangtahun anak bersunat; atau
4. ketika isterimu tak sempat nak mengangkat kain bertimbun di ampaian tetapi hujan dah turun; atau
5. rambut isterimu rosak kerana tersalah perm **angan di hati nak jadi Neelopa tapi hasilnya Hantu Kak Limah; atau
6. ketika isterimu berhempas-pulas kacau dodol untuk juadah raya tapi makmentuanya telah memberi dodol itu kepada anak jiran sebelah umah..

Dan sebagainya lagi la contoh..penat otak aku nak pikir haihh..
Namun, walau apa pun sebab musabab yang menyebabkan airmata seorang isteri itu gugur, ubat yang paling mujarab hanyalah sentuhan semangat dari suaminya.. 




No comments:

Post a Comment