Sunday 27 January 2013

HEY LADIES !!



Salam semua...............

Sebenarnya dah agak lama jejari Miss Lastique nak menaip entri ni tapi ada ajer alasan. Dari hari ke hari minggu ke minggu..kadang-kadang agak kelam kabut dengan kerja kerja dan kerja dan seterusnya kerja lagi..

Aku ni keje dalam sektor (cewahh gitu sektor lah sangat) yang melibatkan kena jumpa pelbagai lapisan masyarakat, lelaki pempuan, tua muda, pelbagai bangsa, pelbagai kategori lapisan haireki (gini ke ejaan**) yang secara tak langsung memberi aku banyak peluang untuk berinteraksi dengan mereka.. aku suka keje aku yang membolehkan aku mengumpul banyak pengalaman. Di dalam aku mengumpul pengalaman-pengalaman itu aku juga belajar banyak perkara dan dapat jugak menjadi pengkaji dan pemerhati.. **kehkehh kaji lah sangat

Kadang-kadang aku kesian sangat bila deal dengan orang yang terlalu naif sampai apa semua benda pun tak reti. Kadang-kadang dalam kesian tu pun aku rasa nak marah pun ada. Sebab orang macam tu tak pikir ke kesian kat diri sendiri. Oleh sebab aku ni wanita so mebi aku lebih bias kepada hak-hak wanita. Jadi entri ni aku akan lebih fokuskan kepada keperluan seseorang wanita. Bukan tujuan aku nak rendah-rendahkan sesapa yang mungkin terasa atau sentap secara tetiba, tetapi niat aku hanya lah supaya semua wanita sedar, kalau taknak ubah diri pun sekurang-kurangnya jangan terlalu menampakkan kekurangan diri.. **tapi kalau nak sentap pun suka hati sendiri lah... 

Macam aku tulis kat atas nuunn..aku deal dengan ramai orang, so dari pemerhatian aku ni aku nampak ramai wanita (dan mungkin jugak diri aku sendiri ni) termasuk dalam kategori wanita yang:-
.....tak berapa pandai IT
.....tak berapa pandai bab jalanraya iaitu jalan ke sesuatu tempat
.....tak berapa pandai bab kereta, tayar, timing belt, fuel pump, etc
.....tak berapa pandai berfesyen, cara lilit tudung, update fesyen terkini, designers brand
.....tak berapa pandai tentang KWSP, PERKESO, LHDN
.... tak berapa pandai apa nak buat kalau laki tak buat bagi sesuatu benda
.....tak berapa pandai tentang geran rumah, geran kereta, surat nikah, surat beranak...
....DAN bak kata pepatah...semuanya lah buat-buat tak pandai dan tak reti sebab ada LAKI dan orang-orang lain yang tolong buatkan....

Aku bukan nak bebel ke apa ker...tapi aku nak luahkan ajer sebab bila benda2 dia atas itu berlaku maka aku rasa sangat kasihan......................   wahai wanita tolong lah upgade pengetahuan anda !!


No comments:

Post a Comment