Saturday 12 January 2013

I AM SINGLE: NEITHER HERE NOR THERE

I have a few groups of friends. Of course each of the group is very very different from each other. Almost all of my friends in each group are married, or if they are single, they are much much younger than me like almost a decade apart.


Masa mula-mula aku berpindah balik ke kampung halaman, I have the problem of getting along with people around me. Macam susah gila nak berkawan. I was a lone ranger. Alone in my small office. Alone at the cafeteria. Perbualan dengan orang-orang keliling hanya berkisar tentang kerja. Bila people start to ask about personal question, aku mula rasa malu dan tak selesa. Me, a single old lady with working history yang tak impressive langsung. But after one year of being a lone ranger, akhirnya aku ada jugak group kawan-kawan office untuk aku tumpang pergi breakfast sama-sama. So, adalah jugak gossip-gossip office yang boleh aku tumpang dengar. They are all younger than me and married. So, no after office gathering with this group. Bila habis office, semua pakat-pakat balik awal untuk suami dan anak-anak. And I routinely stayed back to kill my time.


Aku juga ada group kawan-kawan secondary school. Aku mula jumpa balik diaorang kat FB, masa aku pindah ke KL in 2008. Masa mula-mula macam best jugak jumpa diaorang ni. Lebih-lebih lagi masa tu, ada seorang kawan aku yang belum kahwin jugak (sekarang kawan aku tu dah kawin dan tengah tunggu masa nak bersalin anak sulung). Tapi lama-lama aku rasa inferior bersama dengan diaorang ni. They have established careers and all are happily married plus diaorang ni semua sangat warak dan tawaduk gitu. For me, kehidupan diaorang sangat sempurna dan I am none of those. So, slowly I keep my distance.



Group kawan-kawan yang seterusnya adalah group kawan-kawan masa kat Uni. Dulu-dulu aku memang lari dari semua kawan-kawan aku. Malu sebab aku tak well off macam diaorang semua. Tapi entah macam mana dengan teknologi komunikasi zaman sekarang ni, aku terjebak semula bersama-sama kawan-kawan lama ni. Hehehe. Not a bad thing though. They are all very kind and tak berubah pun. But somehow or rather, I still feel that I don't fit in. My life is so different from them. They are all married. Most of them with good earnings. Mana yang tak kerja pun, suami diaorang baik dan well off jugak. Ada masa-masa aku memang tak boleh masuk dalam conversation diaorang, because it's all about marriage life thingy. Aku rasa inferior sebab life aku tak seperti diaorang. Kadang-kadang aku rasa envy. [sigh]


My last group yang paling rapat dengan aku, adalah geng-geng yang aku kenal di alam maya kerana kami sama-sama peminat Hafiz. Diaorang ni kebanyakan lebih muda dari aku. In fact sangat muda, macam aku ni makcik-makcik diaorang je. Aku lebih selesa dengan diaorang ni sebab conversation kami lebih berkisar tentang Hafiz dan dunia hiburan tanahair. Aku juga selesa dengan diaorang sebab dari segi taraf hidup dan life style, kitaorang lebih kurang je. Tapi bila dah makin tua ni, aku pulak rasa tak elok lagi terkinja-kinja minat kat artis. Diaorang yang muda-muda tu tak apa lah. So, akhirnya aku pun jauhkan diri jugak dari diaorang. 


Kesimpulannya, ini lah antara cabaran menjadi tua dan single. Korang jangan salah faham pulak, kawan-kawan aku semuanya baik-baik. Yang tak baiknya aku jer. Aku cuba sebenarnya untuk hilangkan rasa ni, tapi my self-esteem ni sangat rendah, so aku benci bila aku rasa macam tu. Jadi, untuk elakkan aku tenggelam dalam self-pity yang berterusan, biasanya aku keep my distance from my friends and  sibukkan diri dengan kerja dan do my best in work. At least ada hasil kerja yang boleh aku banggakan dan boast balik my confidence.

Apa-apapun, aku juga rasa jadi lone ranger lebih baik dari surrounded by friends tapi aku masih rasa alone and lonely. Sedih wooo!!! Dalam banyak keadaan, aku nak orang faham aku tapi mungkin juga dalam banyak keadaan aku yang tidak memahami orang lain. I hate admitting this fact but yeah, I just don't fit in. Neither here nor there. 



Kepada mana-mana readers yang masih single tu, cepat-cepat cari boyfriend atau suami ye, jangan jadi macam aku. At least kalau you don't fit anywhere within your group of friends, you ada boyfriend  atau suami atau anak yang akan hilangkan semua rasa sunyi dan keseorangan tu...!


Photos: Google

No comments:

Post a Comment