Saturday 5 January 2013

I AM SINGLE: WHEN I NEED MAN THE MOST

Orang selalu cakap aku ni tak kahwin sebab aku ni pemilih. Emm...akupun tak tahu nak jawab soalan tu macam mana sebab sebenarnya aku tak ada banyak pilihanpun. Tapi selalu bila aku jawab, "Tak..."... orang mesti buat assumption seterusnya dengan membuat tuduhan sebegini, "emm...dah belajar tinggi, kerja baik...tak ada laki pun tak apa kan?" seolah-olah aku ni memilih untuk tidak berlaki sebab aku suka hidup sendiri.




Sejujurnya.... ada masanya aku sangat-sangat memerlukan lelaki. 



Dan masa tersebut adalah ketika SERVICE KERETA dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan KERETA.


Ya, to tell u all the truth, I have zero knowledge about a car. Aku cuma tahu drive saja. Kau jangan bagi jargon apa-apa pun mengenai kereta kerana aku memang tak tahu dan tak reti nak ambil tahu.

Waktu zaman to kaduk dulu, masa aku ada boyfriend, dia memang take care pasal kereta aku dari A-Z. Bila kami dah broke up, baru aku belajar isi minyak sendiri. Menggigil okey nak bukak penutup tangki minyak tu, dah lah tu tak reti nak tekan nozzle macam mana supaya minyak dah penuh, dia akan berhenti sendiri...dan sampai sekarang walaupun dah reti tekan nozzle, takut nozzle tu tak berfungsi dan minyak melimpah keluar dari tangki. End up, aku selalu isi minyak separa penuh unless ada attendant pam minyak yang tolong aku.



Bila aku basuh sendiri kereta aku, selalu je ada spot yang aku tak dapat cuci betul-betul dan kereta aku tak pernah nampak bersih berkilat macam mana lelaki basuh. Dan bahagian interior kereta juga masih berhabuk dan cermin juga tetap bersisa dengan cap jari. Perkara sebegini mendatangkan kepelikan bukan? Macam mana lelaki boleh basuh kereta lebih baik dari perempuan basuh kereta. Oh..I hate myself!!


Dari dulu sampai sekarang aku tak pernah tahu beza RON95 dan 97. Aku juga tak tahu bezakan minyak hitam, minyak pelincir dan minyak 2T...ataupun benda tu sama jer eh? I mean, you can tell me many times about those things, but my average mind could never absorb that. Uwaaa!!


Dan sejak-sejak aku tukar kereta tahun 2010 yang lepas, aku belum pernah buka bonet depan kereta untuk tengok keadan enjin, air atau minyak hitam seperti yang disarankan oleh dealer kereta aku. Semua aku serah bulat-bulat kat bengkel service kereta. Kalau diaorang tipu aku, maka tertipu lah aku.

Aku juga tak pernah pam tayar sendiri. Aku pun tak tahu macam nak baca berapa banyak angin patut aku letak dalam tayar aku dan macam mana nak guna pam tayar kat stesen minyak tu. 


Nampak tak sasanya tangan lelaki dalam gambar tu pam tayar kereta? How can I ever do that...?

Pam basikal aku pandailah.


So, ada mana-mana lelaki nak tolong I tak??


Photo: Ehsan Google

2 comments:

  1. same here....idunno a single thing bout that stuff..really gonna be a prblm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeah... I think we should start learning or at least gather some knowledge about car's related stuff.

      Delete