Monday 7 January 2013

REVIEW AJL27

Since 2010, aku tak pernah miss untuk saksikan Anugerah Juara Lagu secara live dari Stadium Putra Bukit Jalil demi memberi sokongan padu kepada penyanyi pujaan merangkap adik angkat (ok, aku angkat sendiri) aku iaitu HAFIZ!!! Tapi tahun ni aku tak pergi sebab...hmm...well....atas sebab-sebab yang valid lah.

Tapi aku tak lupa menonton AJL27 secara langsung dari kaca TV sambil-sambil mengurut mak aku yang tak berapa sihat malam tu.

So, ni aku bagi review persembahan malam tersebut, ikut citarasa aku, walaupun korang mungkin tak setuju. Tapi aku peduli apa kan...hehehe!

First of all, aku harus puji pentas AJL27 ni memang mantop. Puas sangat tengok kat TV. I bet kat stadium, effect dia tak sama sebab kebanyakan 3D effect tu kita cuma akan nampak bila tengok TV. Dan aku jugak  suka je FBI dan Cheryl Samad jadi pengacara walaupun ramai dah komen boring tengok muka diaorang.

So, here goes my review of the performances:

1. OMBAK RINDU - HAFIZ & ADIRA


Persembahan average sahaja, walaupun persembahan vokal Hafiz sangat baik. Malangnya vokal adira shaky here and there. Maybe sebab first performance so memang gabra lah kot kan... Anyway, aku menyampah gila bila pembukaan lagu ni dimulakan dengan monolog Aaron Aziz yang berbunyi sangat fake dan bila Aaron Aziz naik pentas dan dukung Adira, I was like WTH?? So yesterday ok, performance macam gitu... dan dah lari maksud lirik lagu tu...sebab Adira rupanya merayu-rayu dekat orang lain, bukan dekat Hafiz...sian adik Hafiz I. 

Verdict: Persembahan Funfair 80-an
Bintang: 7/10


2. PATAH SERIBU - SHILA AMZAH


Entah kenapa persembahan Shila serba tak kena malam tu. Arrangement lagu agak laju dan hilang kesedihan sebenar lagu tersebut. Vokal Shila pun agak goyah. Mungkin sebab beliau resah sebab menjadi calon favourite untuk menang kot.

Verdict: Persembahan Funfair 80-an
Bintang: 7.5/10

3. SIMENTRI - AMY SEARCH & HAZAMA


Persembahan paling serabut dari Amy dan Hazama, walaupun lagu ini mempunyai energy dan aura yang kuat kerana ada Amy Search. Bosannnnn!!

Verdict: Persembahan Akhir Tahun Sekolah Menengah
Bintang: 5.5/10

4. IDOLA - AZLAN & THE TYPEWRITE


Aku tak minat vocal Azlan tapi aku rasa lagu ni best dan dipersembahkan dengan baik oleh Azlan. Pembukaan oleh Zombie yang konon-konon Sudirman tu memang tak perlu kot but cat muka Azlan tu aku rasa kreatif dan pemain gitar perempuan mengiringi persembahan Idola menjadikan persembahan keseluruhan mempunyai kelainan.

Verdict: Persembahan Konsert Berbayar
Bintang: 8.5/10

5. PELANGI SENJA - STACY




OMG...what happened to you Stacy? Awat berisi sangat dik oii....berlapis dagu tu akak tengok. Terus nampak tak cantik dalam TV. Persembahan vocal meneran dari Stacy bukan kegemaran aku dan lagu Pelangi Senja kedengaran sangat tak best bila dinyanyikan dengan cara sebegitu. Forgettable.

Verdict: Persembahan Akhir Tahun Sekolah Menengah
Bintang: 5.5/10

7. LAGU - BEDROOM SANCTUARY


Aku selalu dengar lagu ni kat radio and never give a damn. Tapi bila Bo nyanyi live lagu ni, sounds best lah pulak. Persembahan simple. Aku suka.

Verdict: Persembahan Akhir Tahun Sekolah Menengah
Bintang: 6.5/10

6. TANPAMU - AMIR JAHARI



Lagu ni bagi aku sangat easy listening. Tapi itu jer lah kot.... easy tapi tak de benda yang aku boleh rasa teruja. Performance wise creative jugak lah dengan cat-cat muka dan baju semua..ala-ala Gotye gitu. Tapi vokal Amir shaky dan penyanyi dan pemuzik latar nampak lebih gembira dan bersemangat dari beliau. A good effort nonetheless. Cuba lagi tahun depan ye dik.

Verdict: Persembahan Akhir Tahun Sekolah Menengah
Bintang: 6/10

8. TEMAN PENGGANTI - BLACK & RJ



Suka! Suka! Suka! Lagi ini cukup rasa. Lirik dia memang superb dan muzik dia memang awesome. Vokal Black yang power meruntun hati. RJ pun sangat handsome malam ini. Hehehe. Simple tapi menyengat. Tak ada cacian untuk persembahan ini. Hampir sempurna!

Verdict: Persembahan Konsert Berbayar
Bintang: 9/10

9. TERUKIR DI BINTANG - AIZAT 



Set yang cantik ala Bistro dengan muzik pembukaan iklan Enchantuer. Lepas tu keluar Aizat dengan kumis nipis yang giler handsome....Teruja mak!! Tapi sayang, bagi aku Aizat tak dapat deliver lagu ni dengan sebaik-baiknya. Persembahan yang penuh "control macho" dan "malu-malu" dengan vocal yang "ala-ala" tak best. Nasib kau handsome Aizat malam tu, so aku kurang marah sangat lah kat engkau....walaupun kau dah rosakkan lagu Yuna yang sedap, lemak merdu dan manja ni.....


Verdict: Persembahan Funfair 80-an
Bintang: 7/10

10. KUAKUI - HAFIZ
 


Wow! Oh Wow!! Persembahan Hafiz menyebabkan segala bulu aku berdiri dengan tegaknya. Persembahan yang minimalis tapi penuh dengan rasa. Vokal Hafiz yang merdu dan mantap, penuh kawalan. Aku dengar sampai rasa nak menangis. Ya Allah adik, kenapa suara kau sedap sangat!! A jaw dropping performance!!! Serba sempurna. Tiada cacat cela. Dan Hafiz handsome sangat.....hehehe!

Verdict: Persembahan Konsert Berbayar di Royal Albert Hall London
Bintang: 9.9/10

11. ANDAIKU BERCINTA LAGI - MOJO


Aku suka persembahan soprano dari Marsha di awal persembahan. Kawalan suara Aweera juga mengkagumkan, cuma terkucil dihujung persembahan sebab nak menjerit sampai keluar anak tekak. Lagu ni sangat old school bagi aku. So, apa-apa je lah, aku tak kan ulang tengok persembahan ni.

Verdict: Persembahan Funfair 80-an
Bintang: 7.5/10

12. ANAK KAMPUNG - JIMMY PALIKAT & ONE NATION MC 


Persembahan yang menarik tapi caca merba. Lagu yang biasa-biasa je bagi aku sebab sampai la ni, aku tak faham kenapa lagu ni layak ke AJL27. So, whatever...


Verdict: Persembahan Akhir Tahun Sekolah Menengah
Bintang: 5.5/10

KEPUTUSAN 

JUARA LAGU 27 : Terukir di Bintang 
Juara pilihan aku : Teman Pengganti

TEMPAT KE 2 : Idola
Pilihan aku : Idola

TEMPAT KE 3 : KuAkui
Pilihan aku : Terukir di Bintang

Vokal Terbaik : Hafiz
Pilihan aku : Hafiz (hands down)

Persembahan Terbaik:  Teman Pengganti - Black & RJ
Pilihan aku : Kuakui - Hafiz 

Photo: Courtesy Google, Gua.com dan Website AJL

No comments:

Post a Comment