Thursday 6 December 2012

CITA-CITA



Salam semua...


Ni dah masuk petang dan Miss Lastique dah feeling sleepy gitu..sambil guling-guling depan TV (**hari ni adalah Khamis dan aku declare cuti ikut suka memandangkan hujan agak lebat..dan mamfusss ler klau partner2 ku yang sedang berhempas fulas di ofis membaca entri ni..konpem profit sharingku bakal dikecikkan skalanya) sambil melayan anak-anak main main susun keretapi Thomas and Friends..




Tetiba Mr. L balik dari suatu destinasi kerjanya dan terus tanya seperti ini:

Dia: ayoying hopo xak blugeing xer hovi ney
Aku: fohh xudo hou ayoying blugeing hoew
Dia: xo xo hayer naktiy haww
Aku: hader hooo.. xadah haa hayer, ayoying xak blugeing
Dia: xiteww hafer?
Aku: qahh..xak aidell
Dia: ceww xiteww xitaxita zuluzulu...
Aku: hocehh hocehh xuzak heyw.. hocehh tocey yoying

Haaa..korang paham tak? Kalau paham maknanya aku nak kena la tukar bahasa kod rahsia aku guna di rumah ni.. Tapi kalau korang tak paham meh aku kasi translet dengan ayat mudah, mula-mula dia tanya aku tak blogging ker hari ni (**maklum la aku dah declare jadi blogger), kemdian aku jawab aku dah blogging, pastu dia bagitau nanti takde air tau (**semalam dapat surat Syabas beteyy bagitau air kena potong kejap sebab Syabas beteyy nak tukar paip), pastu aku jawab tadah ler air, ayang nak blogging, pastu dia tnya plak citer apa...aku jawab takde idea, pastu dia suggest cerr citer cita-cita dulu-dulu, kemdian aku plak jawab ok gak kan tq laling........ ** ehh penat ghupanya jadi tukang alih bahasa ni

Dah sebut cita-cita dulu memang aku banyak cita-cita hooo... Masa tadika aku cita-cita nak jadi cikgu sebab mak aku cikgu, aku tengok cikgu dulu-dulu gaya kemain lawa, pi mengajar pakai kebaya pendek ala Saloma. Pastu masuk skolah rendah aku tukar cita-cita nak jadi doktor plak, tapi semakin besar sikit aku perasan aku ni takut tengok darah, so marilah kita lupakan cita-cita itu (** mebi Qorin aku yang ajak tu..sebab macam ada suara tak bagi aku jadi doktor), pastu sepanjang skolah rendah aja aku rasa berbelas cita-cita aku tukar ganti..mengikut keseronokan dan pengaruh tv, dan aku pernah bercita-cita menjadi artis selepas menonton pilem pilem Yusuf Haslam dan Deddy M. Borhan..   

Ok, naik skolah menengah aku pilih lagi cita-citaku...dari pilot, lecturer, scientist, general tentera, semua aku pernah bercita-cita itu.. Dan sekarang aku dah pun ada kerjaya. Tapi kerjaya yang aku paling suka adalah menjadi seorang ibu.. Namun, di sebalik cita-cita yang beratus kali aku tukar ikut suka mood aku tu, semua orang tak tahu yang aku ada impian kedua..iaitu second choice cita-cita laaa......maknanya aku nak kekal dengan kerjaya aku tapi di dalam masa yang sama aku nak buat satu lagi kerjaya sampingan... cer teka cer teka apakah kerjaya sampingan cita-cita aku yang tiada pernah kunjung padam sejak aku kecik itu....
** bukan sebagai pedagang kek, bukan sebagai tuanpunya butik pengantin, dan bukan jugak sebagai mak datin yerr...



Ok lah...aku ni jenis over eksaited, so aku tergedik separa kontrol dengan ini memberitahu para readersku di sini bahawa cita-cita keduaku adalah ingin sangat nak menjadi Private Investigator !! Walloohhh...... dah ada grup Crackedpotfriends a.k.a. Krepot ni maka aku berazam bagai sorang ibu pertiwi rasa nak pi Suruhanjaya Syarikat Mlesia untuk mendaftarkan pulak Crackedpot a.k.a Krepot Investigation Sdn. Bhd. .. hewhewhewww..!! Sila beri sokongan yer para readers sekalian..

Untuk projek seterusnya akan aku hapdet lagi nanti bila aku free. 




No comments:

Post a Comment