Wednesday 5 December 2012

I AM SINGLE: MY TRUE FEELING

At this age, the question that I will never fail to get when meeting new people is, "anak dah berapa?" Memang tak ada orang nak tanya, "dah kahwin ke belum?" because at this age yang belum kahwin seperti kata P.Ramlee, "jarang-jarang" [ok, sila rujuk filem Nujum Belalang untuk menyebut perkataan tersebut dengan betul ye]


Selalunya aku rasa nak jawab, "hello, what do you care, I ada anak berapa?" but of course, I will answer it politely, "belum ada". Tapi bila jawab macam tu, ada lah pulak sambungan soalannya, "ohh...baru kawin ke?" "suami kerja jauh ye" bla..bla...bla.... and they will only stop question when I answered, "tak...saya belum kahwin." Then, they will give you a look, like, "why? why are you not married" or "kesiannya.....".

That question irritates me hell much but that kind of look, it's killing me man... Ia akan buat kau rasa nak bertukar jadi burung unta dan masukkan kepala dalam lubang tanah.


Dan perasaan malu dan rendah diri itu sentiasa ada dan tak pernah berkurang.

Aku tahu, korang mesti akan cakap, "alaaa...tak semestinya kahwin tu best, tak semestinya kahwin tu bahagia, tak semestinya kahwin dapat anak...bla...bla...bla...." Hehehe. Aku dah masak dengan semua consolation words macam tu dari keluarga dan kawan-kawan. BOSAN!! 


Hakikatnya, tak ada siapa yang akan memahami gelojak apa yang ada di dalam jiwa aku dan perempuan-perempuan yang senasib dengan aku.


.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi sebenarnya setiap kali aku rasa "self-pity" seperti ini, aku cepat-cepat istighfar. My other sense will never allow me to hurt myself even more. Deep down, I know Allah has given me more than I deserved. Allah cuma tak bagi aku suami dan anak-anak, tetapi selainnya rezeki dan rahmat Allah sentiasa mencurah.

Insaf bahawa Allah menguji sesuai kemampuan hamba-Nya. Aku adalah antara berjuta umat manusia yang dipilih Allah untuk diuji sebegini. Pastinya aku sangat istimewa. Pastinya aku lebih beruntung dari sang isteri yang suaminya ada tapi kewujudannya seperti tiada, atau ibu tunggal yang hidupnya resah ditinggalkan tanpa nafkah, atau sang balu yang kekasih hatinya dibawa pergi menemui Ilahi.
 
  

No comments:

Post a Comment