Sunday 9 December 2012

I AM SINGLE: MENGHADAPI PERSEPSI

I just had a hot conversation with my friends at our whatsapp group when one of our friend popped this exact question to me:

"Apa nak sedih tak ada jodoh?"
 
First of all, aku kena betulkan soalan tu. Jodoh itu tetap ada dan telah ditetapkan oleh Allah sejak di Loh Mahfuz lagi. Kalau jodoh manusia itu tidak ada di dunia, maka Allah telah tetapkan jodohnya di Akhirat kelak.

Next limb of the question. Apa nak sedih? Ok, cuba kita ubah situasi soalan. 

Cuba tanya soalan yang hampir sama kepada orang yang dilahirkan tidak ada tangan sedangkan kau sendiri ada dua tangan yang sempurna.

"Apa nak sedih tak ada tangan?"

Kau rasa dalam keadaan tu, apa orang yang tak ada tangan tu akan rasa? Oren?

***

Anyway to answer that question, relakan aku berleter panjang lebar kat blog ni.

YES. there were times that I feel sad but not all the times. Sila rujuk entry aku kat sini untuk faham apa yang aku rasa. Perasaan self pity itu akan sentiasa ada, datang dan pergi, but I live my life well. My life is not gloomy, in fact penuh warna warni. 

Tapi aku rasa sedih dengan soalan yang ditimbulkan. Kerana soalan itu adalah satu persepsi yang menganggap hidup aku tak bahagia, tak ceria, stressful dan depressed.

Dan aku akan bertambah sedih, bila rentetan daripada soalan itu, akan datang ayat-ayat consolation yang kononnya untuk menaikkan semangat aku supaya aku berfikir bahawa aku adalah lebih baik daripada mereka yang telah berkahwin.

LIKE SERIOUSLY?? 

Kalau perkahwinan itu suatu yang membebankan, kenapa Allah menghalalkan, bahkan pada satu tahap mewajibkan?

Kalau perkahwinan itu tidak seronok, kenapa setiap kali cuti sekolah tak cukup kaki aku nak kena pergi jemputan kahwin?

Kalau perkahwinan itu tidak perlu dan menyekat kehidupan korang, kenapa korang kahwin wehhh?? Kenapa korang tetap berdoa supaya perkahwina korang tetap kekal bahagia sehingga akhir hayat?

Kalau perkahwinan itu boleh menyebabkan kau merana kerana kemungkinan laki kau akan madukan kau dan sia-siakan kau, kenapa korang tetap setia dalam perkahwinan? Kenapa??

So, janganlah bagi ayat-ayat buku novel yang tak masuk akal.

Perkahwinan itu adalah perkongsian kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Walau apa pun keadaan rumahtangga korang sekarang ini, korang mesti masih merasa manisnya saat diijabkabulkan menjadi suami isteri, saat indahnya berjalan berpimpinan tangan, saat kentutpun berbau wangi. Ya, kerana perkahwinan itu adalah manifestasi cinta korang.

Dan kerana itu, korang terus berada di dalam ikatan perkahwinan itu. Bohonglah kalau korang nak hidup berseorangan, kalau ada lelaki yang bergelar suami sanggup menemankan. Bohonglah kalau korang nak memilih untuk tidak berkahwin, dan melupakan peluang untuk menatap wajah-wajah comel anak-anak korang. 

Perkahwinan itu sunnah dan satu ibadat. Tapi seperti perkara-perkara lain, ada yang akan berjaya dan ada yang tidak. Ada yang berjaya mengemudi bahtera perkahwinan hingga sekarang, ada yang karam tengah lautan dan ada yang dapat penumpang tambahan. 

Tapi perkahwinan bukanlah sesuatu yang perlu dielakkan kerana perkahwinan itu adalah fitrah.

SO, JUST CUT THE CRAP!! 
 
Aku sendiri bukan memilih untuk tidak berkahwin, tetapi Allah belum memberikan izin untuk aku merasai nikmat perkahwinan itu. Jodoh itu rahsia Allah dan aku terima dugaan itu dengan penuh redha. 

Hidup aku OK. Yang tak OK adalah persepsi orang lain tentang hidup aku.

3 comments:

  1. Thanks atas ingatan ini,nano ghazali.Kadang-kadang kita sebagai manusia lupa atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT kepada kita selama ini yakni suami dan anak2 yang baik dan comel.Nukilan ini banyak memberi kesedaran kepada KF, thank u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you jugak FK kerana baca entry ni. Nano pun banyak belajar dari kehidupan kawan-kawan. Semuanya meyakinkan Nano bahawa perancangan Allah itulah yang paling baik walaupun tidak sama dengan apa yang kita inginkan.

      Delete
  2. Dapat pengetahuan baru iaitu "ada penumpang tambahan".. Nice entry !! Bravo my laling pren!! Ailebiu !!

    ReplyDelete