Thursday 6 December 2012

ALAHAI DRAMA MELAYU



Salam semua...

Di musim cuti sekolah ni Miss Lastique agak banyak masa terluang memandangkan aku takyah terkejar-kejar menghantar anak-anak ke sana sini dan boleh aturkan masa keja aku ikut kesesuaian diriku ini.. maka malam-malam aku takde lah letih seumpama tidak cukup vitamin..
Jadi horey horey malam-malam aku boleh layan banyak citer kat TV, daripada Buletin Utama (tapi bab berita ni aku tengok yang penting-penting ajer dan bila masuk bab politik aku switch ke chanel lain), Opera Van Java, Cerita Artis Mlesia, dan bila pukul 9 lebih tu wajib la tengok drama fofuler Adam Hawa tu, pastu tengok citer Korea dan last sebelum tidur tengok Tanyalah Ustaz......

Tapi aku cukup pantang kalau tengok sesuatu yang tak mencapai tahap ISO aku, macam tak memberi kepuasan maksima dan macam mempersendakan intelektualiti penonton nih.. Ni aku nak bebelkan tentang kualiti faktor-faktor penyumbang yang memperlekehkan sesebuah drama Melayu. Aku bukan nak memperlekehkan keupayaan orang Melayu buat drama. Aku pun orang Melayu dan aku bangga jadi orang Melayu. Tapi mungkin kalau produser-produser atau pengarah atau orang-orang pilem ada terbaca luahan aku ni boleh mengambil tahu jugak apa yang penonton tak puashati..




Macam drama Adam Hawa aku tengok tu, jalan citer best, pelakon-pelakon best, shot cantik, lokasi pun menarik semua dah perfect tapi aku tak berkenan dan memang geram bila tengok aspek wardrobe haihh !! Baju apa yang heroin tu pakai? Tudung pesen apa yang serabai semacam kat kepala heroin tu? Macam aku dok bincang dengan Miss Misery, awat la tudung semua tak berjenis haih.. citer dah cun patut production team pi la cari sponsor butik-butik muslimah..baju pun macam main tangkap muat ja, takder intonasi warna yang sepadan dengan tudung..kot yer pun nak kata kaler block tapi dah tak macam pun aku tengok.. pastu tudung tu pulak satu pesen ada kut 5-6 orang satu family pakai..sah sah pi beli borong kat Kenanga Wholesale City gamaknya.. ishhh sungguh potong stim tengok si heroin pakai tudung slendang nipis nampak sanggul seto-eq slempang gitew ajer pastu pi ofis.. Lagi satu shot pilih baju pengantin tu.... Hooiii itu adalah kedai bundle ke apa? Tolong la bagi real sikit..dah la tudung krepot krepot tak bergosok...

Ok. Selesai isu tudung, isu handbag plak...iishh memang aku menyampah habis tengok heroin bawak handbag kosong ringan bagai ditiup bayu ! Aku pun terus cakap dalam hati...ohhh mebi dia bawak IC dengan duit RM100 sepuluh keping jer kot.. iisshh tapi memang tak masuk logika   la pulak sebab sebagai wanita aku pun ada handbag, kawan-kawan aku pun ada handbag tapi memasing punya handbag berat minimalis pun koman-koman mesti setengah kilogram nyerr.. mesti at least taruk purse dengan henfon, pastu benda-benda sampingan seperti bedak kompek, lisptik, perfum 15ml, bergantung kapasiti beg tersebut. Dan seharusnya kalau ikut trend aku tengok kat KL ni wajiblah handbag Coach.. **kalau baling batu konpem kena orang yang galas handbag Coach sebab betapa ramainya orang guna jenama tu.. 





Isu tudung sudah, beg sudah...kini aku nak sentuh isu cincin dan aksesori yang diberi hadiah kepada heroin pulak ... Hallooo ! Apa yang pi guna kotak hadiah rantai kat heroin tu macam kotak brooch 3 seploh hengget tu? Tak sensitip betul tau.. kalau di alam realiti la sah-sah heroin tu ambik tapi pastu dia hadiahkan plak kat anak buah dia yang umur 5 tahun.. Bab cincin pun sama...ada ka logik pi jalan-jalan pastu beli kat kedai design ala-ala Taj Mahal. Sungguh tidak ada di alam nyata hokeyy... Cuba bagi proper sikit bab ni..


Orait settle drama Adam Hawa..aku nak bebel umum pulak.. Antara perkara-perkara yang potong stim bila tengok drama ni adalah bila ada shot shot seperti berikut:

1. Balik kampung atau lari rumah bawak beg baju yang kempis seperti pakaian dalam pun tidak diisi;
2. Adegan dalam mahkamah bila peguam boleh berjalan mudik ke hulu mudik ke hilir sambil buat2 muka genius..**mahkamah di Mlesia tak benarkan peguam bermundar mandir hokeyy..;
3. Selalu ada scene makan setiap family, kejap family A kejap family B tapi lauk pauk yang dihidang adalah menu yang sama sperti ayam goreng, masak lemak, gulai dan air sirap yang sama..yakni meyakinkan penonton bahwa hidangan itu adalah dari katerer yang sama;
3. Bila ada scene melibatkan polis...wajib la polis tu kena pakai vest hijau katak pisang tu walaupun polis tu tengah ambik statement... adoiii ...sebenarnya aku tak penah plak tengok polis di dunia nyata pakai vest sebegitu;
 4. Kalau scene ahli korporat plak wajib la bertemakan kekayaan melimpah ruah dewataraya..kereta wajib brand Jerman dan pangkat harus datuk datin tan sri bagai.. takder la nak pangkat Tuan Haji ker apa klau dah katanya korporat tu;
4. Selalu menggunakan rumah yang sama berulang-ulang kali sebagai rumah hero dalam pelbagai drama.. wehh penonton pun dah boleh hafal susunan perabot dan warna langsir tuan rumah.. contohnya rumah Ain Hawani dalam Adam Hawa tu pun dah banyak drama guna..dari drama hantu Waris, lagi satu tu apa tah tajuk drama yang Remy Ishak dengan Dira Abu Zahar blakon tu pun guna rumah itu... tahniah tuan rumah kerana anda berjaya menjana pendapatan yang lumayan !

Ok lah..penat dah jari aku menaip. Bye.







3 comments:

  1. Good job..good job babe...i like your "bebelan"..hope to read more hilarious "bebelan" from this blog..

    ReplyDelete
  2. Tengkiu KF. I am oso looking forward to bebel more..

    ReplyDelete
  3. Ehh..apa yg aku bebel sampai tertulis nmbor 4 tu dua kali, patutnya no. 5

    ReplyDelete